Archive for February, 2011

Rakaman video Ust Hadi Awang: Tarik Balik Tokoh Maal Hijrah Sheikh Yusuf Qaradawi.. Tuduh Sheikh Qardawi sebagai pengganas oleh jibby Altantuya bukti apco zionis tentukan dasar & arah tuju kerajaan bn..

Posted in Malaysia news with tags on February 27, 2011 by ckchew

Rakaman video sekitar hari penamaan calon di PRK Merlimau & Kerdau: Ribuan penyokong bersama calon Pakatan Rakyat

Posted in Malaysia news with tags , on February 26, 2011 by ckchew

Rakaman video Ceramah TG Nik Abdul Aziz – Majlis isytihar calon PRK Kerdau

Posted in Malaysia news with tags , on February 25, 2011 by ckchew

Rakaman video ceramah calon PAS PRK Dun Kerdau: Sdr Hassanuddin Salim

Posted in Malaysia news with tags on February 25, 2011 by ckchew

Rakaman video ucapan calon PAS di PRK Merlimau: Sdr Yuhaizad Abdullah

Posted in Malaysia news with tags on February 25, 2011 by ckchew

Rakaan video Anwar Ibrahim di Termeloh: Menteri kerja angkat kontrak….sama di Tunesia, sama di Msia…

Posted in Malaysia news with tags on February 24, 2011 by ckchew

Rakaman video Bob Lokman: Mengapa saya menyertai PAS

Posted in Malaysia news with tags on February 23, 2011 by ckchew

Rakaman video Ceramah Bakal Calon PRK Kerdau: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Posted in Malaysia news with tags on February 23, 2011 by ckchew

Wajib ditonton – Rakaman video TG Abdul Hadi Awang: Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa – Jaminan PAS 19/2/2011

Posted in Malaysia news with tags , on February 22, 2011 by ckchew

Rakaman video Anwar Ibrahim: “Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia”, di Kerdau

Posted in Malaysia news with tags on February 22, 2011 by ckchew

Rakaman video penerangan dari peguam Sankara Nair: Bagaimana profil DNA sebanyak setengah pasukan bolasepak dikesan dalam analisa DNA pada jubur si saiful…

Posted in Malaysia news with tags on February 21, 2011 by ckchew

 

Ahli kimia dan pakar DNA Dr Seah Lay Hong hari ini mengakui beliau tidak mengikuti piawaian antarabangsa yang ditetapkan oleh International Society of Forensic Genetics ketika menyediakan laporan berhubung ujian DNA pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengakui meskipun menganggotai pertubuhan itu tetapi tidak mematuhi apa yang dinyatakan pada jurnal berkenaan.

“Saya tidak mematuhi peraturan antarabangsa tetapi sejak itu, ia mungkin telah berubah,” katanya.

Dr Seah juga tidak bersetuju bahawa beliau berat sebelah dalam menyediakan laporan dan berkata ia disediakan berdasarkan maklumat yang dibekalkan kepadanya.

“Berdasarkan piawaian antarabangsa seperti yang ditetapkan dalam jurnal ini, awak tidak mengikuti ataupun mematuhinya,” kata peguambela Ram Karpal Singh.

“Saya tak setuju,” balas Dr Seah.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah kemudian menyoal doktor itu mengapa beliau gagal mematuhi arahan tersebut tetapi Seah gagal menjawab soalan berkenaan.

Ram juga berhujah satu ‘allele’ yang dilaporkan pada B9, di kawasan rektal bawah.

Dr Seah juga mengakui beliau gagal mencatatkan dua sampel DNA yang tidak dikenali yang dijumpai pada seluar hitam tertuduh, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan juga kawasan sekitar duburnya.

“Ini bukan milik Saiful atau ‘Lelaki Y’. Bacaan allele 28 tidak dilaporkan.”

Perkara ini ditimbulkan oleh pihak pembelaan selepas pakar DNA Australia, Dr Brian McDonald memaklumkan kepada mereka.

Apabila Ram terus mengasak, ahli kimia itu enggan melayan serta tidak memberikan jawapan.

Menurut Ram apa yang dicatatkan oleh laporan kimia adalah berlainan dengan apa yang diperlihat dalam geraf.

“Ia seolah-olah separuh DNA pasukan bolasepak dijumpai tetapi awak memilih untuk tidak melaporkannya kerana ia dikesan di seluar dalam, seluar, kawasan B5 peri-anal dan sekarang B9,” kata Ram.

Dr Seah juga memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak tahu siapa ‘Lelaki Y’ – DNA yang dijumpai di peri anal Saiful dan sekitar kawasan duburnya.

“Tidak ada spesimen atau rujukan sampel diberikan,” katanya.

Menurut Seah, saksi pendakwaan kelima dan juga ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia, perkara itu tidak dicatatkannya kerana berpendapat ia tidak signifikan.

Ram berkata lelaki misteri yang tidak dikenali itu mungkin sesiapa juga termasuk pegawai penyiasat, Jude Blacious Pereira.

Minggu lalu, pelbagai persoalan teknikal berhubung bagaimana ujian DNA dijalan dan ditentukan. Lebih banyak perkara seumpama itu dijangkakan hari ini apabila seorang lagi ahli kimia akan memberi keterangan. Mkini

Jubur saiful hancur berkecai, 5 profil DNA ditemui dalam laporan kimia bermakna separuh pasukan bolasepak hambat jubur si saiful…

Posted in Malaysia news with tags on February 21, 2011 by ckchew

KUALA LUMPUR, 21 Feb — Peguam pembela Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mencetuskan keraguan terhadap laporan profil DNA disediakan pakar kerajaan dengan mendakwa dokumen itu gagal menyertakan dua lagi profil DNA yang tidak dikenali.

Peguam Ramkarpal Singh mendakwa Dr Seah Lay Hong telah gagal untuk mematuhi garis panduan antarabangsa berhubung proses pemprofilan DAN dan oleh itu, laporan tersebut adalah bias.

Katanya, meskipun bacaan graf menunjukkan dua lagi profil DNA yang tidak dikenali pada bahagian rendah rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pada seluar hitamnya, Dr Seah tidak menyertakan maklumat pada laporannya.

Pakar itu setakat ini telah bersetuju bahawa ada tiga profil DNA melibatkan kes ini iaitu lelaki Y, satu profil DNA yang tidak dikenali dan satu lagi milik Saiful.

“Ia kelihatan DNA separuh pasukan bola sepak ditemui tetapi anda memilih untuk tidak melaporkannya,” kata Ramkarpal di mahkamah hari ini.

Ketika ditanya mengapa beliau tidak melaporkannya, Dr Seah berkata beliau tidak menemui bacaan yang signifikan.

“Bacaan tidak dilaporkan meskipun ia mempunyai bacaan yang tinggi,” kata Ramkarpal.

Beliau menggunakan prosiding sebelah pagi tadi untuk memeriksa balas kredibiliti laporan kimia disediakan Dr Seah.

Sambil menekankan laporan kimia itu tidak konsisten, peguam itu menambah, Dr Seah telah gagal untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Persatuan Antarabangsa Forensik Genetik.

“Beliau telah gagal mematuhi garis panduan yang penting. Saya menyentuh soal garis panduan di sini.

“Saya mengesyorkan kepada beliau beberapa senario yang memberikan satu gambaran berbeza daripada apa yang beliau syorkan,” kata Ramkarpal kepada pemberita kemudian.

Perbicaraan disambung pukul 2 petang tadi.

Jumaat lalu, Dr Seah memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Jabatan Kimia mempunyai garis panduannya sendiri untuk menjalankan analisis.

Dr Seah berkata walaupun pengeluar dan pembekal perisian memiliki garis panduan masing-masing, namun makmal boleh mengikuti garis panduan sendiri seperti yang disarankan oleh Persatuan Antarabangsa Forensik Genetik.

Saksi kelima pendakwaan itu memberitahu mahkamah bahawa sebagai anggota persatuan itu, beliau mengikuti perkembangan terkini dan saranannya terutama yang berkaitan pemprofilan DNA.

Dr Seah juga berkata beliau menggunakan perisian penganalisis biosistem genetik dan ‘DNA view’ bagi membantunya mendapatkan keputusan konklusif daripada sampel berkenaan.

Ditanya lanjut oleh peguam itu sama ada kedua-dua perisian tersebut selalu dikemas kini, Dr Seah berkata, kali terakhir ialah pada 2007.

Beliau memberi keterangan pada perbicaraan kes Anwar, 63, yang didakwa meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Rakaman video YAB Lim Guan Eng Di Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa – Jaminan PAS: Melayu Pulau Pinang dalam Era PR

Posted in Malaysia news with tags on February 21, 2011 by ckchew

Rakaman video Ucapan Perasmian TG Nik Abdul Aziz: Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa – 12 Jaminan PAS

Posted in Malaysia news with tags , on February 20, 2011 by ckchew

Rakaman video Anwar Ibrahim: Akan hantar jibby Altantuya jadi duta di mongolia jika PR memerintah nanti…

Posted in Malaysia news with tags on February 20, 2011 by ckchew

Rakaman video Anwar Ibrahim: Daya saing ekonomi semakin rendah berbanding negara jiran sungguhpun pertumbuhan ekonomi mencapai 7.2%

Posted in Malaysia news with tags on February 19, 2011 by ckchew

PAS beri jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.

Posted in Malaysia news with tags on February 19, 2011 by ckchew

 

PAS dalam usahanya mewujudkan sebuah Malaysia Baru yang mengangkat martabat kaum Melayu dan Islam, hari ini memberikan jaminan istimewa terhadap dua belas perkara untuk rakyat Malaysia.

Dua belas jaminan ini terkandung dalam resolusi Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa; Jaminan PAS yang berlangsung sehari di Auditorium MBSA, dekat sini.

Berikut adalah dua belas resolusi yang dibentangkan oleh Naib Presiden PAS selaku Pengarah Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar.

PAS sebagai sebuah parti politik yang berteraskan Islam memberi jaminan bahawa:

1. PAS tetap komited untuk melaksanakan agenda pengupayaan bangsa Melayu dan Bumiputera berteraskan prinsip-prinsip di atas;

2. PAS akan terus mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu dan kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputera seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia;

3. PAS tetap beristiqamah untuk menghayati Islam sebagai satu cara hidup sesuai dengan kerangka perlembagaan Malaysia sebagai teras terpenting usaha mengupayakan Melayu;

4. PAS akan sentiasa memastikan seluruh kegiatan pembangunan bangsa Melayu berkiblatkan akhirat demi mencapai keredhaan Allah;

5. PAS tetap mengutamakan perjuangan untuk membela nasib rakyat terpinggir dan berpendapat rendah yang sebahagian besarnya adalah kaum Melayu dan Bumiputera;

6. PAS akan terus mempertahankan konsep ketuanan rakyat yang berpaksikan keadilan Islam dengan jaminan saksama kepada kaum-kaum lain;

7. PAS tetap memperjuangkan dasar-dasar affirmative yang berasaskan siapa yang berkeperluan (need based) sesuai dengan matlamat keadilan Islam;

8. PAS akan terus komited untuk menampilkan kepimpinan Melayu yang bebas rasuah dan penyelewengan di semua peringkat kepimpinan bermula dari kepimpinan Negara sehingga kepimpinan komuniti;

9. PAS tetap mempertahankan tanah-tanah rizab Melayu, tanah-tanah adat, kampung-kampung tradisi dan penempatan-penempatan yang mempunyai kepentingan Melayu dan Bumiputera seperti Felda, malah berusaha menjadikannya sebagai penyumbang terpenting kekuatan ekonomi Melayu;

10. PAS akan terus mempertahankan warisan Melayu selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai khazanah penting kepada generasi Melayu akan datang;

11. PAS tetap mempertahankan pendidikan vernakular yang telah memberi ruang kepada kewujudan sekolah agama rakyat, madrasah dan sekolah pondok, di samping tidak menolak kepentingan elemen integrasi nasional diterapkan dalam sistem pendidikan dan;

12. PAS akan terus berusaha memasakkan jatidiri berteraskan Islam kepada generasi muda Melayu kerana mereka merupakan teras kepada pengupayaan bangsa Melayu dan waris kepimpinan akan datang.

Sementara itu dalam ucapannya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, dasar dan pendekatan Pengupayaan Bangsa – Jaminan PAS telah dibentangkannya untuk tatapan semua.

“Masa telah sampai untuk kita menggemblengkan seluruh tenaga dan sumber bagi mengangkat martabat umat Islam, mendayakan bangsa Melayu dan melahirkan Politik Lita’arafu yakni Politik Saling Menghormati.

“Semua usaha ini adalah bagi melahirkan sebuah Malaysia baru yang menjunjung tinggi tuntutan Keadilan dan Kesejahteraan Untuk Semua yang bebas rasuuah, kezaliman dan penyelewengan kuasa.

Mursyidul Am PAS, Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut berucap merasmikan konvensyen dengan memberikan penekanan terhadap peri pentingnya masyarakat negara ini diberi kefahaman paling tepat dan memudahkan.

Semua wakil PAS kawasan daripada seluruh negara hadir dalam konvensyen sehari yang turut menampilkan ramai tokoh antaranya; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Budayawan dan Cendikiawan terkenal, Prof Emiritus Dr Abu Bakar Abdul Hamid dan Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid.

Turut mendapat perhatian adalah ucapan dan pandangan daripada Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail termasuk AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar dan Pakar Sains Politik dan Aktivis Sosial, Dr Wong Chin Huat.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mengemukakan Buku Jingga mengandungi sepuluh perkara jaminan terdiri daripada mereformasikan institusi-institusi penting negara seperti SPR, SPRM, pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

Jaminan itu juga meliputi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mengarahkan Khazanah Berhad, KWSP dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;

Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta seperti gas sebanyak RM19 bilion kepada penjanan bebas dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

Mengiktiraf peranan dan jasa awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru mendidik bangsa;

Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

Menyediakan perkhidmatan internet wi-fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa rakyat;

Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda dan;

Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus dan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Negeri Sabah.

– Harakahdaily

Forum Ketuanan Melayu: umno Rasis atau PR Retorik

Posted in Malaysia news with tags on February 18, 2011 by ckchew

Rakaman video Ucapan Anwar Ibrahim: Pelancaran Gelombang ke-2 KASE – Rakyat dibeban dengan saman ekor, isteri pemimpin berlagak & menghabiskan wang rakyat macam isteri mubarak

Posted in Malaysia news with tags on February 18, 2011 by ckchew

Rakaman video Saman Ekor – Ucapan Mahfuz Omar: Pelancaran Gelombang ke-2 KASE – Saman ekor & had tempoh bayar saman ekor mencekik leher rakyat..

Posted in Malaysia news with tags on February 17, 2011 by ckchew

Rakaman video Mahfuz Omar: Saman ekor & tempoh bayar saman semata-mata untuk mencekik leher rakyat…

Posted in Malaysia news with tags on February 17, 2011 by ckchew

Rakaman video Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa – Jaminan PAS

Posted in Malaysia news with tags on February 17, 2011 by ckchew

Rakaman video dari diliwat, jadi cubaan liwat & oral sek.. cubaan ulang tayang sodomee 1 jelas tak jadi lagi – borang profoma yang enggan diberi kepada pembela menunjukkan laporan cubaan liwat & oral sek. Kah!kah!kah!.

Posted in Malaysia news with tags on February 16, 2011 by ckchew

Rakaman video Anwar Ibrahim: “Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia”, Melaka – Tunisia ada leila, angkuh berbillion… Malaysia ada siapa?

Posted in Malaysia news with tags on February 16, 2011 by ckchew

Rakaman video Prof Aziz Bari: Saya tak percaya apa yang dia cakap… mamakkutty berbohong dalam op lalang.

Posted in Malaysia news with tags on February 15, 2011 by ckchew

Rakaman video kes liwat 2: Pihak pembela membuktikan terdapat keraguan di atas keterangan-keterangan saksi.

Posted in Malaysia news with tags on February 14, 2011 by ckchew

 

Rakaman video Buku Jingga mampu menggantikan dasar lapok bn flip-flop

Posted in Malaysia news with tags on February 14, 2011 by ckchew

Rakaman video Azmin Ali Di Seminar Pembangunan Pemikiran Islam & Sidang Akhbar 11hb Feb 2011

Posted in Malaysia news with tags on February 13, 2011 by ckchew

Rakaman video Forum Bicara Rakyat – Buku Jingga: Nampak betul hujah bodoh mp hulu sgor & ketua pengarah isis

Posted in Malaysia news with tags on February 12, 2011 by ckchew

Rakaman video Anwar Ibrahim: The Future of Democracy in the Islamic World

Posted in Malaysia news with tags on February 12, 2011 by ckchew

Rakaman video Perhimpunan Raksasa Selamat Tinggal Jumaat Yang Membawa Kepada Kejatuhan hosni mubarak.. TV Stesn Mesir mengumumkan pengunduran mubarak sebentar tadi.

Posted in Malaysia news with tags on February 11, 2011 by ckchew

Rakaman video tindakan kurang ajar boneka keselamatan bn flip flop di Universiti Malaya menutup mulut pelajar dengan tangan

Posted in Malaysia news with tags on February 11, 2011 by ckchew

Rakaman video Ceramah Mat Sabu di Trengganu: Kupasan isu anak-anak muda

Posted in Malaysia news with tags on February 11, 2011 by ckchew

Mat Sabu yakin mamak firaun membuat keputusan untuk menangkap aktivis dalam ops lalang kerana hanya menteri mempunyai kuasa tersebut bawah akta IsA

Posted in Malaysia news with tags on February 11, 2011 by ckchew

Video Recording of CNN International interview with Anwar Ibrahim on Egypt and Democracy in the Muslim world

Posted in Malaysia news with tags on February 10, 2011 by ckchew

Rakaman video Anwar Ibrahim: Nama Saya Anwar, Saya Bukan Pengganas – berikutan cubaan untuk mengaitkan Anwar dengan pertubuhan pengganas oleh apco-umno

Posted in Malaysia news with tags on February 10, 2011 by ckchew

Rakaman video Anwar Ibrahim Di Gopeng

Posted in Malaysia news with tags on February 9, 2011 by ckchew

Rakaman projek SapuMalaysia kerajaan bn flip flop: Projek jejantas berharga RM10 juta

Posted in Malaysia news with tags on February 9, 2011 by ckchew