There can be NO second Khalifah Umar Abdul Aziz ref Malaysiakini

Suara dari Masyarakat Akar Umbi

Umar Abdul Aziz, Kali pertama saya mendengar nama ini daripada mulut Y.A.B Lim Guan Eng ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh. Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru selepas 8 March.


Selepas saya mengkaji dan membaca artikal dan bacaan mengenai sejarah dan perjuangan Umar Abdul Aziz, seorang bangsawan yang berbudi halus. Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka.

Saya memang kagum kepada Umar Abdul Aziz dengan beberapa aspek:

1.   Kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan

2.   Membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang tidak adil

3.   Menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri

Selepas saya belajar sejarah dan perjuangan Umar Abdul Aziz, Saya cuba bandingkan Umar Abdul Aziz dengan Y.A.B Lim yang tengah belajar dengan Umar Abdul Aziz.

Kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan

Pada peringat awal, saya memang kagum apabila Y.A.B Lim tidak berpindah masuk kediaman Rasmi Ketua Menteri. Hal ini kerana hanya beberapa Menteri Besar atau Ketua Menteri yang tidak berpindah masuk seperti Tuan Guru Nik Aziz, Koh Tsu Koon. Senang untuk mengingat ketua negeri yang tidak duduk dalam kediaman rasmi Menteri Besar atau Kediaman rasmi Ketua Menteri.

Y.A.B Lim tidak pindah masuk kerana kediaman rasmi memerlu RM 300000 untuk memperbaiki kediaman rasmi. Akhirnya, beliau juga pindah masuk. Menurut beliau, jumlah memperbaiki tidak begitu banyak, kos kurang daripda RM 300000. Tetapi saya nampak tuan guru Nik Aziz memang dapat membuat sedenikian.  Selepas beliau pindah masuk, anjing beliau mati, beliau terus menyata kemungkinan besar diracuni orang lain tetapi laporan mengatakan diserang oleh penyakit. Dan berita sebegini telah menyebabkan Y.A.B Lim menjadi berita utama di suratkhabar.

Membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang tidak adil

Saya juga tidak pernah dengar Y.A.B Lim memecat peminpin yang tidak adil, tetapi saya pernah mendengar Y.A.B Lim dan bapanya pernah menginkir dan meminggir peminpin-peminpin yang mengkritis peminpinan keluarga Lim. Yang banyak disingkir sejak Lim Kiat Siang memegang setiausaha agung, dan membantu Y.A.B Lim memegang setiausaha agung. Peminpin yang pernah mengkritis seperti Teng Chang Kim, yang menpunyai 3 penggal pengalaman dalam DUN Selangor tidak dilantik sebagai EXCO Selangor, dan hanya dilantik sebagai Speaker DUN. Ini kerana Y.B Teng pernah menyuruh Lim Kiat Siang untuk pencen awal.

Pengerusi DAP Selangor, seorang pemuda yang berumur kurang daripada 30 tahun telah dilantik sebagai EXCO. Pemuda ini dilantik sebagai Pengerusi DAP Selangor untuk mengganti dan menginkir bekas pengerusi Ong Chee Keng.

Menurut analisasi Merdekareview (satu media online dalam Bahasa Cina), Y.A.B juga cuba melantik Gwee Tion Hiang (ADUN Bentayan, Johor, yang didapati terlibat dalam  kes memakan komisen dalam membeli Pejabat di Muar, Kes ini telah selesai dengan bekas Pengerusi DAP Muar meletak jawatan) untuk mengganti Dr Boo (Pengerusi DAP Johor) yang menyokong Ong Chee Keng, Dr Boo pernah mengeluarkan satu kenyataan iaitu kalau Y.A.B Lim nak menjadi pengerusi DAP, Dr Boo mengalu-alukan kedatang Y.A.B Lim di Johor. Selepas itu, Y.A.B telah menboikot Merdekareview dengan tidak menghantar kenyataan-kenyataan DAP.

Untuk maklumat semua, Y.A.B Lim dan isterinya sama-sama kalah dalam mesyuarat agung Negeri Melaka yang lepas, 17 calon dan 15 dipilih sebagai ahli jawatan kuasa Negeri Melaka. Y.A.B sebagai bekas ahli Parlimen Kota Melaka mulai tahun 1986 hingga tahun 1999 selepas didakwa Akta Hasutan. Sebagai anak murid mangsa Akta Hasutan, Y.B Ng Wei Aik juga bersama-sama 5 pemuda sosialis DAP membuat laporan polis untuk meminta polis menyiasat Ahmad Ismail dengan Akta Hasutan. Akta Hasutan diguna oleh BN dan UMNO untuk mengkawal media dan rakyat bercakap benar. Adakah sikap asal DAP seperti UMNO? Akta Zalim tidak harus diguna sama ada orang baik mahupun orang jahat. Zalim memang zalim! Kami harus menegak keadilan dan menentang segala kezaliman, penyelewengan dan penindasan.

Menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri

Kerajaan tempat Selangor dan Kerajaan tempat Pulau Pinang menganjurkan satu interaksi di Pulau Pinang dengan mengguna kemudahan kerajaan negeri Pulau Pinang. Walaupun interaksi ini tidak ada masalah, dan interaksi ini harus diadakan supaya pengalaman dapat dikongsi. Masalahnya, wakil-wakil kerajaan Selangor dan wakil-wakil kerajaan Pulau Pinang semua dari DAP. Hal ini juga didedah oleh seorang wartawan oriental daily yang menelefon wakil PKR yang tidak dimaklumkan. Selain itu, anak murid Y.A.B turut membuat aduan kepada penyelia oriental daily.

Kesimpulannya:

Rakyat berharap tinggi kepada Pakatan Rakyat, jangan biar rakyat kecewa. Hari ini rakyat menjatuhkan kerajaan BN, esok rakyat juga dapat menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Ini kuasa rakyat! Jangan mengulang semula langkah-langkah kerajaan BN.


Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: