Archive for December, 2010

Rakaman video Rekod Keganasan polis raja di Malaysia & wawancara dengan mangsa salah tangkap polis dalam kes pembunuhan Nurin.

Posted in Malaysia news with tags on December 31, 2010 by ckchew

 

Rakaman video Laporan Audit Negara: Prestasi Kewangan Negeri Di Bawah Pakatan Rakyat Jauh Lebh Baik Dari Negeri Bawah bn…

Posted in Malaysia news with tags on December 31, 2010 by ckchew

Kerajaan bn digesa memberi penjelasan terhadap dakwaan menteri kabinet Jelebu rogol pembantu rumah & Kerajaan Negeri Sgor tidak lewat dalam menghantar senarai calon SUK.

Posted in Malaysia news with tags on December 30, 2010 by ckchew

Rakaman video: Presiden PAS lancar ‘Kita Bersaudara’ – 9 Jan

Posted in Malaysia news with tags on December 29, 2010 by ckchew

Jelebu di sana, Jelebu di sini, Siapakah Pak Menteri yang rogol pembantu rumah dari Indonesia? Nak 1Indonesia lahirkan anak 1 Malaysia? – Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya…. khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan spt KASUS ALTANTUYA!!!

Posted in Malaysia news with tags on December 28, 2010 by ckchew

“Kakak saya telah diperkosa oleh majikannya Pak Menteri beberapa kali. Hingga satu hari tanggal 19/02/07, kuasa Allah perbuatan kejinya itu telah terlihat oleh Datin isterinya yang sangat baik melayan semua pembantu rumah. Datin telah hantar kakak saya pulang ke Indonesia keesokannya, tanggal 20/02/07,”

“Tolong kami Pak. Bersihkan kehormatan wanita Indonesia yang mencari rezeki buat anak-anak yang sekolah. Apakah memperkosa pembantu rumah pekerja asing yang tak bisa baca dan tak bisa tulis, adalah satu budaya orang kenamaan di Malaysia,”

“Kakak saya akan ceritakan segala-galanya. Saya sertakan foto majikannya bersama kakak saya yang berdiri disebelahnya bersama pembantu rumah yang lain dan Datin isterinya,”

“Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerana Pak Menteri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Khuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia,”

 

Rakaman video berita: Masa Depan Orang Melayu Bergantung kepada KeADILan Islam & Bukannya Ketuanan Melayu & bn lantik SUK baru tanpa rundingan dengan kerajaan negeri Sgor bukti keangkuhan bn tanpa memperdulikan kehendak rakyat!!

Posted in Malaysia news with tags on December 28, 2010 by ckchew

Rakaman video Ceramah Mustafa Ali: Pakatan Rakyat kuasai Putrajaya jika menang 70 kerusi Melayu – mustahil orang bukan Melayu kuasai Msia

Posted in Malaysia news with tags on December 27, 2010 by ckchew

Rakaman berita Pakatan Rakyat: Nik Aziz janji akan laksanakan resolusi 100 hari Pakatan Rakyat setelah ambilalih kerajaan pusat & DPM dibidas kerana mengugut negara akan bankrap jika cikgu diberi kenaikan gaji..

Posted in Malaysia news with tags on December 26, 2010 by ckchew

Rakaman video keganasan polis hanya kerana tiada cukai jalan: Selepas Amirulrashid, Kugan sekarang polis lebih ganas…Nak tunggu apa lagi? Tolak bn selamatkan Malaysia!!

Posted in Malaysia news with tags on December 25, 2010 by ckchew

Wishing U A Merry Christmas!!

Posted in Malaysia news with tags on December 24, 2010 by ckchew

Rakaman video Saman Ekor Diswastakan: Rakyat Bawahan Dicekik Leher Di Bawah Program 1Msia bn flip flop

Posted in Malaysia news with tags on December 24, 2010 by ckchew

Siapa Pengkhianat Sebenarnya?: Ucapan Presiden UMNO pada tahun 93 menyerang Raja2 Melayu

Posted in Malaysia news with tags , on December 23, 2010 by ckchew

Speech By : DATO’ SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Title :SEMASA MEMBENTANGKAN RANG UNDANG-UNDANG AKTA       PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
Location : DEWAN RAKYAT, KUALA LUMPUR
Date : 18-01-1993

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-Undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan dibacakan kali yang kedua sekarang.Tuan Yang di-Pertua, Izinkan saya memperkenal dan mengulas Akta yang telah saya sebutkan tadi.

2. Ketika negara menuntut kemerdekaan, pemimpin-pemimpin negara yang telah mendapat kemenangan besar dan sokongan padu dalam Pilihanraya Umum tahun 1955 telah membuat pilihan supaya sistem pemerintahan di negara ini ialah sistem Demokrasi Berparlimen atau `Parliamentary Democracy` dan Raja Berperlembagaan atau `Constitutional Monarchy`.

3. Sistem ini dipilih kerana semasa negeri-negeri Melayu diperintah melalui sistem feudal dengan kuasa di tangan Raja, negeri-negeri Melayu adalah begitu lemah dan pentadbirannya berada dalam keadaan kucar-kacir. Negeri- negeri ini tidak dapat menentukan keamanan dan menguatkuasakan undang-undang. Akibatnya negeri-negeri ini terpaksa meletakkan diri di bawah naungan kuasa-kuasa asing seperti Cina, Siam dan Barat. Akhirnya semua negeri Melayu ditakluki oleh British dan diperintah sebagai tanah jajahan British melalui perjanjian di antara Raja-Raja yang memerintah dengan pihak Kerajaan British.

4. Selepas Perang Dunia Kedua, Raja-Raja Melayu berharap apabila British mentadbir semula kedudukan mereka sebagai Raja yang berada di bawah nasihat pegawai-pegawai British akan dikembalikan. Negeri-negeri Melayu akan sekali lagi diperintah oleh British walaupun tidak seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, di mana British berkuasa penuh.

5. Bagi majoriti rakyat Melayu negeri-negeri Semenanjung, mereka juga bersedia menerima pemerintahan di mana keMelayuan negeri-negeri Melayu diakui oleh British, walaupun pentadbiran dikuasai hampir sepenuhnya oleh British. Namun ada pendapat di kalangan sebilangan orang Melayu bahawa negeri-negeri Melayu sepatutnya dibebaskan daripada pemerintahan kolonial British sama sekali.

6. Orang Melayu hanya sedar akan kemungkinan mereka diketepikan dan menjadi pengemis di negeri mereka sendiri apabila Raja-Raja Melayu tunduk kepada ugutan MacMichael dan menandatangani perjanjian baru dengan British yang menyerahkan negeri-negeri Melayu terus kepada British untuk diperintah sebagai tanah jajahan takluk British sama seperti Singapura, Pulau Pinang dan Melaka.

7. Oleh kerana begitu mudah Raja-Raja menyerahkan Singapura, Pulau Pinang dan Pangkor kepada penjajah dan kemudiannya menyerah pula negeri-negeri Melayu, maka rakyat tidak lagi boleh menerima sistem yang memberi kuasa hanya kepada Raja dan rakyat tidak diberi peranan apa-apa dalam politik negara. Lagi pun selepas Perang Dunia Kedua, Sistem Raja berkuasa penuh sudah menjadi lapok di seluruh dunia. Di merata-rata tempat Sistem Beraja ditamatkan terus. Di mana ia dikekalkan, kuasa Raja dihadkan oleh Perlembagaan atau undang-undang asas negara. Justeru itu, semasa Persekutuan Tanah Melayu menuntut kemerdekaan, pemimpin- pemimpin rakyat telah mengkaji sistem-sistem pemerintahan dengan mengambilkira sejarah negeri-negeri Melayu dan sistem-sistem pemerintahan lain.

Tuan Yang di-Pertua,

8. Sistem pemerintahan lama negeri-negeri Melayu adalah sistem feudal di mana Raja berkuasa penuh tanpa Perlembagaan yang ditulis. Sistem feudal ini ditentukan oleh adat yang sering dimanipulasikan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak berkuasa. Jika pihak yang berkuasa melampaui adat, pegawai- pegawai istana atau rakyat sukar untuk menegur dan membuat sebarang dakwaan. Tetapi apabila keadaan menjadi terlalu buruk, kemungkinannya ialah adat diketepikan dan pemberontakan berlaku. Tetapi cara ini tetap membawa kesan yang buruk tanpa menjamin bahawa pemberontakan akan memperbaiki keadaan.

9. Oleh itu lahirlah pendapat bahawa Raja perlu diletak di bawah suatu Perlembagaan yang menentukan kedudukan dan peranan Raja. Dengan cara ini Raja tidak lagi boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya. Kuasa Raja akan ditentukan oleh Perlembagaan, iaitu undang-undang asas negara. Namun ada Raja yang sanggup menyerahkan negeri sendiri kepada kuasa asing tanpa menghiraukan Perlembagaan.

10. Namun semasa sistem Raja Berperlembagaan digubal untuk Persekutuan Tanah Melayu, yang ketika itu menuju kemerdekaan, penggubal-penggubal perlembagaan masih percaya Raja-Raja akan patuh bukan sahaja kepada yang tersurat tetapi juga yang tersirat di dalamnya — iaitu semangat yang terdapat dalam Perlembagaan.

11. Di zaman penjajahan British, oleh kerana mereka boleh menaik atau menurunkan Raja, maka Raja menerima nasihat pemerintah kolonial. Perkara ini dimasukkan dalam perjanjian di antara pihak British dengan Raja-Raja Melayu di mana nasihat `British Resident` atau `British Adviser` mesti dipohon dan dipatuhi oleh Raja melainkan berkenaan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Bagi British, nasihat yang mesti dipatuhi oleh Raja tidaklah ganjil kerana dalam sistem Kerajaan di Britain, `King` atau `Queen` mereka mesti menerima nasihat Kerajaan. Jika tidak, Raja akan diturunkan dari takhta. Oleh itu apabila King Edward VIII berkeras untuk berkahwin dengan seorang janda, baginda terpaksa turun dari takhta atas nasihat Kerajaan, walaupun tidak ada peruntukan khusus untuk tindakan ini. Yang dikuatkuasakan bukan undang-undang tetapi kepentingan politik negara, dan Raja-Raja British memang akur kepada politik negara. Sebab itulah sebelum pun Parlimen British memutuskan supaya Queen Elizabeth membayar cukai pendapatan, Baginda sendiri baru- baru ini membuat keputusan untuk membayar cukai pendapatan.Perlembagaan British, walaupun tidak bertulis, dipatuhi daripada segi semangat dan adat.

12. Oleh kerana Raja-Raja Melayu di zaman kolonial telah mematuhi nasihat, maka dipercayai bahawa masalah Raja bertindak di luar undang-undang tidak akan berlaku.

13. Penggubal undang-undang dan pengasas pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka juga percaya peruntukan bahawa Raja tidak boleh didakwa di mahkamah hanyalah sebagai petanda kemuliaan Raja dan bukan sebagai hak untuk melakukan jenayah. Sudah tentu penggubal Perlembagaan dan pengasas kemerdekaan negara tidak bermaksud peruntukan ini memberi hak kepada Raja untuk membelakangkan undang-undang civil dan criminal. Raja Berperlembagaan atau Constitutional Monarchy tidak pernah memberi keistimewaan atau privilege kepada Raja untuk melakukan jenayah. Tetapi jika Raja tersalah semasa menjalankan tugas rasmi, Raja adalah bebas daripada tuduhan. Ini adalah kerana yang bertanggungjawab dan boleh didakwa ialah Kerajaan.

14. Dalam usaha menentang Malayan Union dan mengembalikan negeri-negeri Melayu dan negeri-negeri Selat kepada `status quo ante` iaitu keadaan sebelum Perang Dunia Kedua, rakyat telah memainkan peranan yang penting walaupun tidak diperuntukkan oleh undang-undang. Adalah jelas kepada rakyat pada masa itu bahawa Raja tanpa sokongan rakyat mudah dikuasai oleh pihak penjajah dan pihak-pihak lain. Justeru itu, rakyat perlu diberi hak dalam politik dan pentadbiran negara. Peranan rakyat mestilah ditentukan oleh undang- undang.

15. Memandangkan hakikat ini dan sekali lagi dengan mengambil contoh dari Britain, Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka memilih sistem Demokrasi Berparlimen. Rakyat akan melantik wakil mereka ke Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri yang menjadi penggubal utama undang-undang dan dasar-dasar negara. Ini menentukan rakyat boleh memainkan peranan mereka dengan tertib dan tersusun.

16. Tetapi sekali lagi mengikut sistem di Britain, undang- undang hanya menjadi sah setelah ditandatangani oleh Raja.Di Britain, ini tidak menjadi masalah kerana Raja tidak mungkin menolak nasihat Jemaah Menteri. Tetapi di Malaysia perkataan nasihat, yang penggubal perlembagaan percaya akan mempunyai makna yang sama seperti di Britain dan juga di zaman penjajah, tidak ditafsirkan dengan jelas. Oleh itu pihak Raja boleh menolak nasihat Kerajaan.

17. Jika Kerajaan diakui terdiri daripada wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menentukan rakyat berkuasa, tetapi nasihat Kerajaan berkemungkinan tidak diterima, ini bererti Demokrasi Berparlimen tidak wujud dan rakyat tidak berkuasa sepenuhnya. Dalam perkara-perkara tertentu bukan sahaja persetujuan Yang di-Pertuan Agong diperlukan, tetapi juga persetujuan Majlis Raja-Raja.

18. Walaupun wakil rakyat bebas bercakap dalam Dewan Rakyat dan Dewan-Dewan Undangan Negeri mengenai apa juga tajuk, tetapi mereka tidak boleh menyentuh diri Raja-Raja kerana sebarang kritikan atau teguran terhadap Raja boleh ditakrif sebagai hasutan dan mereka boleh didakwa di bawah Akta Hasutan. Peruntukan ini adalah hasil pindaan yang dibuat pada tahun 1971. Sebelum ini, teguran terhadap Raja boleh dibuat di dalam dewan. Di Britain dan di negara-negara lain, ahli-ahli Parlimen bebas menegur atau mengkritik Raja.Adalah jelas bahawa menegur dan mengkritik Raja tidak menghapus kedaulatan Raja.

19. Sementara halangan ke atas teguran ini dikatakan akan memelihara kemuliaan Raja, tetapi apabila Raja tidak ditegur, maka ia tidak akan sedar akan kesalahan yang telah dilakukannya. Dengan itu, mungkin lebih banyak kesalahan akan dilakukan dan kesalahan ini mungkin akan menjadi lebih serius. Ini bukan sahaja akan mencemarkan kemuliaan Raja, bahkan juga boleh menimbulkan kebencian rakyat terhadap Raja. Tidaklah benar jika dikatakan larangan terhadap mengkritik Raja akan memelihara kemuliaan Raja. Sebenarnya kemuliaan Raja akan tercemar kerana larangan ini.

20. Dengan kemungkinan Raja menolak nasihat serta bebas daripada teguran dan sebarang tindakan keadilan, maka Raja sebenarnya bukan Raja Berperlembagaan lagi tetapi menjadi Raja mutlak. Sekali lagi Demokrasi Berparlimen tidak wujud kerana tidak ada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap Raja yang tidak menerima nasihat Kerajaan rakyat dan melakukan kesalahan.

21. Pada tahun 1983, tindakan telah diambil untuk meminda Perlembagaan supaya sekurang-kurangnya kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang yang dilulus oleh Parlimen dibatalkan. Usaha ini berjaya tetapi tidak sepenuhnya. Yang diluluskan akhirnya ialah kuasa Yang di-Pertuan Agong menolak rang undang-undang Parlimen dikurangkan sedikit dengan mengadakan peruntukan baru bahawa Baginda boleh merujuk balik kepada Parlimen jika Baginda enggan menandatangani rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen. Jika Parlimen meluluskannya sekali lagi, sama ada dengan pindaan atau tidak, maka rang undang-undang itu akan menjadi undang-undang yang sah dalam jangkamasa 30 hari (Perkara 66(4) Perlembagaan) walaupun tidak ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.

22. Tetapi kelulusan secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan- keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan.

23. Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat.

24. Peruntukan-peruntukan ini tidak menjadi masalah jika tidak ada tentangan pendapat di antara Raja-Raja dengan Dewan-Dewan Undangan, atau tidak ada perbuatan yang salah yang dilakukan oleh Raja-Raja, atau tidak ada adat Melayu yang tidak suka memburukkan hubungan dengan Raja-Raja.Malangnya oleh kerana Menteri-Menteri Besar dan Perdana Menteri adalah orang Melayu yang enggan bermasam muka dengan Raja, maka apabila Raja membuat sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan, tidak ada teguran yang berkesan yang dibuat. Jika ada pun, keengganan Raja mengambil berat akan teguran penasihat-penasihat rasmi ini tidak mendatangkan apa-apa tindakan kepada Raja.

25. Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan.

26. Justeru itu pindaan yang dicadangkan ini bertujuan mengelak atau menghalang daripada meningkatnya perasaan benci kepada Raja yang boleh membawa kepada tuntutan untuk menghapuskan Sistem Beraja. Pindaan ini adalah untuk menyelamatkan Raja-Raja sendiri dan sistem Raja Berperlembagaan. Untuk memperkuatkan lagi peruntukan Perlembagaan bagi mengekalkan Sistem Beraja, peruntukan dibuat supaya sebarang syor atau cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditakrif sebagai hasutan dan tertakluk kepada Undang-Undang Hasutan.

27. Pindaan ini tidak menyentuh keistimewaan-keistimewaan yang diberi kepada Raja-Raja. Raja-Raja akan terus bertaraf Raja, dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada Raja dan keluarga di-Raja mengikut Perlembagaan dan undang-undang akan diteruskan.

28. Untuk menentukan sistem Raja Berperlembagaan benar- benar berkesan, maka tiga pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan. Yang pertama ialah peruntukan Perlembagaan berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja daripada sebarang tindakan undang-undang seperti dalam Fasal (1) Perkara 32 yang mana selepas perkataan “mahkamah” ditambah perkataan “tetapi hanya berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam perjalanan atau yang berupa sebagai perjalanan fungsi- fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis”. Ini bermakna tidak ada tindakan mahkamah yang boleh diambil terhadap Raja dalam menjalankan tugas rasminya.

29. Kekebalan Raja atau Sovereign Immunity adalah suatu prinsip feudal — satu konsep kononnya `The King can do no wrong`. Mengikut Dr. Hogg dalam bukunya `Liability of the Crown` konsep ini berasas kepada alasan bahawa seorang Raja tidak boleh didakwa dalam mahkamahnya sendiri. Alasan ini sudah lama dipersoal dan ditolak oleh pakar-pakar undang- undang di Eropah seperti Adams yang merasakan tidak ada keraguan bahawa feudal lords diletak di bawah mahkamah mereka sendiri — `No doubt at all of the subjection of feudal lords to their own courts`.

30. Di bawah Government of India Act 1935 Governor General atau Governor adalah kebal hanya semasa melakukan tugas rasmi.

31. Di Amerika Syarikat, tuntutan Presiden Nixon supaya dianya dikecualikan daripada suatu peruntukan undang-undang telah ditolak oleh Supreme Court.

32. Di England, Queen tidak boleh ditangkap dan penangkapan sesiapa tidak boleh dibuat dalam kawasan istana. Juga dakwaan terhadap Queen tidak boleh dibuat dalam mahkamah.

33. Tetapi dalam satu kertas yang membincangkan Constitu- tional Law of India, di bawah Crown Proceedings Act bagi En- gland peruntukan asal telah dipinda supaya `Civil proceedings by and against the Crown` boleh dibuat. Dengan ini perbezaan `proceedings` terhadap `Crown` disamakan dengan rakyat.

34. Di dalam kertas yang sama disebutkan bahawa adalah menjadi `fundamental general rule` bahawa `His Majesty can- not sanction any act forbidden by the law`. Apabila Baginda tidak boleh sanction, Baginda dengan sendirinya tidak boleh berbuat sesuatu yang salah. Dengan ini, maka `His Majesty is under and not above the laws, (and) that he is bound by them equally with his subjects`.

35. Peruntukan dalam Perlembagaan-perlembagaan Sepanyol, Belgium, Norway, Denmark, Sweden dan Luxembourg, semuanya memberi immunity kepada Raja hanya dalam menjalankan tugas rasmi sebagai Raja. Sebarang kesalahan dalam menjalankan
tugas rasmi akan dipikul oleh Kerajaan atau Menteri.

36. Tidak ada peruntukan khusus dalam mana-mana Perlembagaan negara-negara Eropah yang memberi immunity kepada Raja apabila melakukan perbuatan yang tidak rasmi.Namun Raja-Raja negara-negara berkenaan masih diiktiraf dan berdaulat. Mereka terus menjadi sovereign dan tidak hilang sovereignty mereka. Pendapat bahawa Raja hanya berdaulat jika Raja boleh melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya, tidak disokong oleh amalan-amalan di negara-negara lain di zaman ini. Bahkan di zaman dahulu pun Raja kerap dihukum apabila melakukan kesalahan. Demikian dengan Charles I di England dan Louis XVI di France.

37. Hanya dalam Perlembagaan Malaysia sahaja yang diperuntukkan secara khusus bahawa di bawah Artikel 181(2) bahawa `no proceedings whatsoever shall be brought in any court against the Ruler of a State in his personal capac- ity`.

38. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri pertama negara ini, pernah menulis bahawa kekebalan atau immunity ini tidak `satisfactory` kerana `Raja boleh membunuh tanpa sebarang tindakan terhadapnya`. Kesan peruntukan Artikel 181(2) ini amatlah luas. Oleh kerana Perlembagaan-Perlembagaan Persekutuan dan Negeri adalah juga undang-undang, Artikel 181(2) sebenarnya membenarkan Raja melanggar Perlembagaan. Sebab itu apabila Raja berniaga, walaupun dilarang oleh Perlembagaan, tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh Kerajaan. Yang di-Pertuan Agong juga tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah. Tetapi Majlis Raja-Raja boleh melucutkan jawatannya. Sebaliknya sebagai Raja, Artikel 181(2) akan melindunginya.

39. Jika Malaysia ingin menjadi sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, kekebalan yang diberikan kepada Raja-Raja perlulah dihapuskan. Oleh kerana Perlembagaan di negara-negara yang mengamalkan Sistem Raja Berperlembagaan tidak memberi kekebalan kepada Raja-Raja mereka, maka penghapusan kekebalan Raja-Raja Melayu tidak akan menjejaskan sover- eignty atau kedaulatan mereka. Di zaman moden ini hanya kerana Raja tidak boleh melakukan jenayah dengan sewenang- wenangnya tidak akan menjejaskan taraf Raja, terutama di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

40. Untuk menentukan bahawa penghapusan kekebalan berkesan, dua lagi peruntukan dalam Perlembagaan perlu dipinda. Yang pertama ialah berkenaan dengan peruntukan dalam Artikel 63(2) yang melindungi seseorang yang mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen atau Jawatankuasa Dewan daripada disoal dalam mahkamah, telah dipinda di bawah Artikel 63(4) jika dianya menyentuh peruntukan Akta Hasutan.Peruntukan ini dibuat pada tahun 1971. Ini bermakna teguran terhadap Raja boleh dibuat sebelum 1971 tanpa menjejaskan kedaulatan Raja. Justeru itu membenar semula wakil-wakil rakyat mengkritik Raja yang bersalah tidaklah menidakkan hak atau keistimewaan asli Raja-Raja.Pindaannya Perkara 63 selepas Fasal(4) berbunyi:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tidak seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Yang di-Pertuan Agong atau seseorang Raja semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding mana- mana satu Majlis Parlimen atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika ia menganjurkan penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri, mengikut yang mana-mana yang berkenaan”.Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan selepas Fasal (4) Fasal yang berikut:- “(5) Walau apa pun Fasal (4) tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja Berperlembagaan Negeri itu”.

41. Tafsiran yang dibuat mengenai hasutan terhadap Raja dalam Perlembagaan adalah begitu luas sehingga tidak ada apa-apa pun teguran yang boleh dibuat di dalam Parlimen oleh ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan. Dengan itu me- dia juga tidak berpeluang untuk melapor. Teguran yang boleh dibuat hanyalah oleh penasihat Raja secara tertutup. Jika teguran ini tidak berkesan tidak ada apa-apa lain yang boleh dibuat.

42. Sebenarnya ketiga-tiga Perdana Menteri dahulu, sebagai penasihat kepada Raja-Raja, telah pun menegur Raja-Raja berkali-kali semasa mereka berkhidmat. Saya tahu teguran ini dibuat kerana perkara ini telah dilaporkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan juga Majlis Tertinggi UMNO berkali-kali.

43. Allahyarham Tun Hussein Onn, semasa menjadi Perdana Menteri, pernah dalam ucapan bertulis di suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja, yang dihadiri hanya oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia atau wakil-wakil mereka sahaja, menegur dengan kerasnya perbuatan Raja-Raja yang tidak harus dilakukan.

44. Tetapi semua teguran ini tidak berkesan. Perkara- perkara yang disentuh terus dilakukan juga, bahkan ditingkatkan. Apa yang tidak pernah dibuat di zaman British dan pada tahun-tahun awalan Malaysia merdeka, dilakukan dengan semakin ketara dan meluas.

45. Walaupun hampir semua Perdana Menteri dan Menteri Besar melaporkan kepada Majlis Tertinggi UMNO akan masalah yang dihadapi oleh mereka tetapi orang ramai tidak diberitahu.Justeru itu, orang ramai tidak mengetahui masalah yang dihadapi oleh Kerajaan. Sebahagian besar daripada mereka terus percaya bahawa sistem Raja Berperlembagaan berjalan dengan baik dengan Raja menghormati segala peruntukan dalam Perlembagaan. Hanya sebilangan kecil daripada rakyat yang mengetahui dan mereka ini memang tidak senang hati dengan perbuatan Raja-Raja. Tetapi mereka ini tidak dapat menyuarakan pandangan dan perasaan mereka ini kerana adanya Akta Hasutan.

46. Akta Hasutan dan peruntukan berkenaan dengan hasutan terhadap Raja-Raja dalam Artikel 63(4) Perlembagaan menghalang rakyat daripada mendapatkan maklumat dan menyuarakan pendapat mereka. Mereka hanya dapat bercakap sesama sendiri sahaja. Pemimpin-pemimpin politik, termasuk pemimpin-pemimpin Kerajaan, memang mendengar dan menyedari akan pandangan dan kemarahan sebilangan rakyat yang mengetahui perbuatan Raja. Demikianlah kemarahan mereka sehingga ada, terutama di kalangan generasi muda, yang menganggap Sistem Beraja sudah ketinggalan zaman.

47. Tetapi oleh kerana Akta Hasutan dan larangan terhadap mengkritik Raja, Raja tidak mendengar dan tidak percaya kepada penasihat mereka apabila maklumat disampaikan berkenaan kegelisahan rakyat. Raja dan keluarga-keluarga di-Raja nampaknya berpendapat bahawa semua ini adalah ciptaan penasihat-penasihat Raja untuk menakutkan Baginda atau untuk merebut hak Raja.

48. Dalam keadaan ini Raja bukan sahaja akan meneruskan amalan-amalan yang tidak disenangi atau disukai oleh rakyat tetapi juga akan melakukan perkara-perkara yang lebih dibenci oleh rakyat. Jika trend ini tidak disekat, perasaan rakyat terhadap Raja tentu akan meluap dan menjadi begitu buruk sehingga pada suatu masa nanti rakyat mungkin tidak lagi dapat membendung perasaan mereka. Perasaan yang diluahkan dalam surat-surat kepada akhbar sebenarnya sudah lama wujud.

49. Dengan izin Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membaca petikan daripada satu rencana yang dihantarkan kepada akhbar The Straits Times pada tahun 1946 oleh seorang tokoh Melayu yang terkemuka, apabila British mencadangkan penubuhan Malayan Union. Tokoh ini kemudian memegang jawatan yang tinggi dalam Kerajaan. Rencana ini tidak disiarkan oleh akhbar Straits Times tetapi ia disampaikan kepada saya baru- baru ini oleh penulis.

50. Penulis ini menyatakan, dengan izin, `All intelligent Malay leaders ought now seriously to give most profound and careful thought to the question whether the time has not ar- rived when the Malay Royalty (I mean the Sultan and Raja) should gracefully withdraw themselves altogether`.

51. Jika pandangan seperti ini sudah ada pada tahun 1946, apakah ia tidak mungkin wujud semula pada tahun 1993 jika Raja-Raja tidak dihalang daripada melakukan perbuatan- perbuatan yang tidak diingini?

52. Perlindungan dan keistimewaan yang diberi kepada Raja bertujuan meletakkan Raja di tempat yang tinggi dan mulia. Perlindungan dan keistimewaan ini bukanlah untuk membolehkan Raja melakukan apa sahaja termasuk jenayah. Raja yang sedar dan faham akan maksud sebenar peruntukan ini akan sentiasa memelihara daripada mencemar diri dalam perbuatan atau berkelakuan yang tidak baik dan tidak disukai oleh masyarakat. Raja yang sedar akan tahu bahawa perbuatan tidak menghiraukan perasaan dan pandangan masyarakat akan menyebabkan rakyat akhirnya menyingkirkan Raja, bahkan menghapuskan Sistem Beraja. Inilah yang berlaku di negara- negara lain yang sekarang menjadi republik.

53. Di Malaysia lindungan yang diberi amatlah tebal.Kekebalan Raja daripada undang-undang dan larangan terhadap teguran, walaupun hanya oleh ahli-ahli Dewan-Dewan Undangan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir negara, mengasingkan Raja daripada dunia sebenar. Dalam keadaan ini perbuatan dan tingkah-laku Raja akan menjadi lebih buruk sepanjang masa. Inilah yang berlaku di Malaysia sekarang.

54. Justeru itu, adalah penting Ahli-Ahli Dewan diberi semula hak menegur Raja dalam perbahasan mereka. Tanpa hak ini Ahli-Ahli Dewan tidak akan berjaya mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan tidak akan dapat membuktikan bahawa rakyatlah yang berkuasa dalam sistem ini. Tanpa hak ini, yang berkuasa ialah Raja dan bukan rakyat.

55. Dengan adanya larangan terhadap menegur Raja, Ahli-Ahli Dewan sebenarnya tidak dapat memelihara Institusi Raja dan Sistem Beraja. Justeru itu, kebebasan Ahli-Ahli Dewan berucap dalam Dewan tidak harus disekat oleh Akta Hasutan seperti yang diperuntukan di bawah Artikel 63(4) dan 72(4).Dengan ditambah Artikel 63(5) dan 72(5) Ahli-Ahli Dewan bukan sahaja boleh memelihara kedudukan Raja, tetapi institusi Raja Berperlembagaan akan dilindungi oleh Perlembagaan secara jelas, kerana disebut di dalam Artikel 63(5) dan 72(5) bahawa pengecualian daripada Akta Hasutan tidak termasuk penganjuran `penghapusan kedudukan Berperlembagaan Yang di-Pertuan Agong sebagai Kepala Utama Negara bagi Persekutuan atau kedudukan Berperlembagaan Raja sesuatu negeri`.

Tuan Yang di-Pertua,

56. Perkara yang kedua yang boleh menidakkan penghapusan kekebalan Raja-Raja apabila melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang dalam suatu urusan yang tidak rasmi ialah hak pengampunan Raja seperti yang diperuntukkan dalam Artikel 42. Dengan peruntukan ini, Raja boleh mengampunkan dirinya sendiri jika ia dihukum salah oleh mahkamah setelah kekebalan daripada tindakan undang-undang ditarik balik.Ini bermakna penarikan kekebalan tidak bermakna dan tidak berkesan.

57. Justeru itu, Kerajaan bercadang supaya Perkara 38 dan 42 Perlembagaan Persekutuan dipinda seperti dalam Fasal(2) Perkara 38 dan Fasal(12) Perkara 42. Fasal (2) Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda – (a) dengan menggantikan koma di hujung perenggan (c) dengan koma bernoktah; dan (b) dengan memasukkan, selepas perenggan (c), perenggan yang berikut: “(d) memberi ampun, reprief dan respit, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman-hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42,”.Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah dipinda dengan memasukkan, selepas Fasal (11), Fasal-Fasal yang berikut: “(12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini – (a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Ketua Menteri bagi Negeri itu yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya; (b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai: (i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka; (ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu; (c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa- kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-Pertua- Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja”.

58. Dengan pindaan ini Raja tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun dirinya sendiri. Jika ada Raja atau Konsortnya yang merayu pengampunan, maka Majlis Raja-Raja akan mendengar dan memutuskan kes berkenaan.

59. Raja juga tidak boleh mendengar rayuan dan mengampun anaknya. Majlis Raja-Raja akan melantik seorang Raja lain untuk mendengar dan memutuskan rayuan pengampunan anak Raja.

60. Dengan pemansuhan kekebalan Raja-Raja daripada tindakan undang-undang, kecuali ketika menjalankan tugas rasminya, adalah dipercayai Raja tidak akan melakukan perbuatan- perbuatan yang boleh didakwa di mahkamah. Dengan ini, Raja akan dihormati rakyat.

61. Pemansuhan sekatan yang dikenakan terhadap Ahli-Ahli Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri oleh Akta Hasutan akan mengelakkan Raja-Raja daripada melakukan sebarang perbuatan yang mungkin menarik teguran ahli-ahli dewan-dewan berkenaan.

62. Pemansuhan kuasa mengampun diri sendiri akan menjadikan tindakan undang-undang lebih berkesan.

63. Tujuan sebenar pindaan-pindaan ini bukan kerana Kerajaan ataupun rakyat ingin mengheret Raja-Raja ke mahkamah dengan sewenang-wenangnya. Tujuannya ialah supaya Raja-Raja akan menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan tindakan undang-undang.Oleh itu, Raja akan lebih dihormati.

64. Harus diingat bahawa penghormatan rakyat terhadap Raja tidak boleh ditentukan oleh undang-undang. Dengan izin, `Respect must be earned`. Mengadakan undang-undang yang menakutkan rakyat tidak akan membawa `respect`. Dengan kesedaran Raja boleh dihadapkan ke mahkamah, Raja tentu akan mengelak daripada melakukan perbuatan yang akan menyebabkan rakyat tidak menghormati Raja. Dengan itu, Institusi Beraja akan lebih dihormati dan lebih berkekalan.

65. Bagi menguatkan usaha mengekalkan Raja dan Sistem Beraja, sebarang syor atau desakan menghapuskan Sistem
Beraja adalah ditafsirkan sebagai hasutan dan akan didakwa di bawah Akta Hasutan.

Tuan Yang di-Pertua,

66. Saya berasa amat sedih kerana pada hari ini saya terpaksa mengemukakan kepada Dewan yang mulia ini satu Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan yang sedikit- sebanyak mencemar nama baik Raja dan Institusi Raja. Dengan hati yang berat saya telah mengemukakan dan mengulas pindaan-pindaan yang dicadangkan ini.

67. Kerajaan membuat keputusan untuk meminda Perlembagaan bukannya tanpa sebab. Sebenarnya seperti yang telah saya katakan, Kerajaan telah mengelak daripada membuat pindaan ini semenjak daripada mula kita mencapai kemerdekaan. Kita mengelak kerana ingin menjaga maruah Raja-Raja. Tetapi pendekatan secara ini tidak meredakan keadaan. Sebaliknya keadaan menjadi lebih buruk.

68. Akhirnya dengan berlakunya insiden Raja memukul rakyat dan sebelum ini satu lagi insiden di mana anak Raja juga memukul rakyat, Kerajaan tidak dapat memandang ringan kejadian-kejadian ini tanpa menjejaskan kredibiliti Kerajaan sebagai pemerintah yang bertanggungjawab.

69. Kerajaan terpaksa membuat pendirian tegas untuk melindungi rakyat daripada dianiaya oleh Raja. Sudah tentu pendirian ini tidak dibuat kerana dua insiden ini sahaja.Sebelum ini terdapat banyak insiden di mana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai.

70. Insiden di Johor hanyalah dengan izin, `the straw that broke the camel`s back`. Reaksi rakyat terhadap insiden- insiden ini jelas menunjukkan bahawa rakyat tidak lagi dapat menerima dan `tolerate` perbuatan seperti ini.

Tuan Yang di-Pertua,

71. Memang ada orang tertentu yang seolah-olah ingin memberi kuasa dan mempertahankan Raja apabila Raja melakukan jenayah. Mereka cuba memesongkan fikiran rakyat dengan menuduh bahawa Kerajaan bercadang menghapuskan Sistem Beraja.

72. Saya ingin menegaskan bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak bercadang sama sekali untuk menghapuskan Sistem Beraja. Ini jelas daripada pindaan yang dikemukakan.Sebarang cadangan untuk menghapuskan Sistem Beraja akan ditafsir sebagai hasutan dan Kerajaan akan mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan ke atas sesiapa sahaja yang mengesyor atau bertindak untuk menghapuskan Sistem Beraja.

Tuan Yang di-Pertua,

73. Kerajaan sedar bahawa rakyat, khususnya orang Melayu menerima dan menyokong Institusi Raja-Raja Melayu. Tuduhan yang dibuat bahawa Kerajaan bercadang untuk menghapuskan Sistem Beraja adalah kerana kepentingan politik semata-mata.Kerajaan yang mewakili majoriti orang Melayu dan kaum-kaum lain akan mematuhi kehendak rakyat dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak disukai.

74. Oleh kerana jelas majoriti rakyat berbilang kaum di negara ini masih menghendaki Sistem Beraja, khususnya Sistem Raja Berperlembagaan, maka Kerajaan akan menentukan sistem ini dilindungi oleh Perlembagaan.

Tuan Yang di-Pertua,

75. Ada pihak yang berpendapat bahawa Raja Melayu diperlukan untuk melindungi orang Melayu. Peristiwa Perjanjian MacMichael dan Malayan Union jelas membuktikan bahawa yang sanggup dan mampu melindungi orang Melayu ialah orang Melayu sendiri. Jika tidak kerana mereka bangun dan menentang Malayan Union, hari ini orang Melayu akan menjadi pengemis di negeri sendiri.

76. Percubaan pihak yang cuba menakutkan orang Melayu terhadap pindaan ini adalah kerana mereka ingin menggunakan sentimen kaum untuk kepentingan parti mereka. Sejarah mereka tidak boleh meyakinkan kita bahawa mereka ikhlas.Mereka inilah yang telah cuba melemahkan orang Melayu dengan memecahbelahkan UMNO dan mengadakan kerjasama dengan pihak- pihak tertentu yang diragui oleh orang Melayu.

77. Apakah hanya dengan menghalang Raja daripada melakukan jenayah maka Raja akan hilang kedaulatan dan tidak lagi menjadi Raja? Pendapat bahawa Raja hanya boleh menjadi 33 Raja jika ia berhak dan diberi keistimewaan melakukan jenayah adalah bertentangan dengan konsep Raja sebagai punca undang-undang. Di zaman dahulu di Barat, Raja memang mempunyai hak melakukan jenayah. Umpamanya mengikut kepercayaan kepada konsep, dengan izin, `Droit du seigneur` (right of the Lord) atau Hak yang di-Pertuan, Raja berhak bermalam dahulu dengan semua pengantin baru.

78. Tetapi di Barat pun semua hak ini telah dihapuskan.Sebab itu di negara-negara Barat yang mengekalkan Sistem Beraja, tidak ada kekebalan secara khusus bagi Raja. Jika ada pun sebutan bahawa Raja tidak boleh dihadapkan ke mahkamah, ini hanyalah formaliti sahaja. Raja, Kerajaan dan rakyat tahu bahawa jika Raja melakukan jenayah, ia akan dihadapkan ke mahkamah, dan ia akan diturunkan dari takhtanya. Justeru itu, Raja di negara Barat tidak akan dengan sengaja melakukan jenayah.

79. Walaupun jelas Raja-Raja di Barat tidak kebal atau im- mune daripada tindakan undang-undang dan bukan undang- undang, Raja masih tetap juga Raja. Mereka masih dihormati dan disegani.

Tuan Yang di-Pertua,

80. Di zaman British, Raja-Raja Melayu bukan sahaja tidak kebal tetapi juga berada di bawah telunjuk pegawai-pegawai British. Mereka boleh dinaikkan atau diturunkan dari
takhta. Satu daripada ugutan MacMichael supaya Raja menandatangani Perjanjian Malayan Union ialah mereka akan diturunkan dari takhta jika mereka tidak menandatangani Perjanjian tersebut.

81. Dalam keadaan sebegini pun, Raja masih terus menjadi Raja. Rakyat tidak menuntut supaya Raja-Raja disingkir atau Sistem Beraja dihapuskan walaupun Raja-Raja telah menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada penjajah. Sayugia diingatkan bahawa pada masa itu Raja-Raja di Indonesia, India dan Pakistan telah ditolak oleh rakyat yang menuntut kemerdekaan. Sebaliknya rakyat Malaysia, terutama orang Melayu dan UMNO, telah berjuang untuk menyelamatkan Raja- Raja dan Sistem Beraja.

82. Dengan tindakan orang Melayu melawan Malayan Union adalah jelas bahawa nasib orang Melayu berada di tangan rakyat Melayu. Keselamatan orang Melayu tidak terjejas dengan Raja Melayu tidak memiliki hak untuk melakukan jenayah. Ada pihak yang berkata dengan penghapusan hak Raja melakukan jenayah, maka orang Melayu tidak akan Melayu lagi atau akan habislah keistimewaan kedudukan orang Melayu. Ini tidaklah benar. Ini adalah fitnah. Yang akan menjamin Melayu terus Melayu dan hak-hak orang Melayu terus terpelihara ialah orang Melayu sendiri. Merekalah melalui wakil-wakil dan Kerajaan yang mereka pilih yang mencipta dan melaksanakan berbagai-bagai rancangan untuk memelihara dan menebus maruah bangsa Melayu.

Tuan Yang di-Pertua,

83. Seorang Raja telah menyoal kenapakah pindaan Perlembagaan ini dikaitkan dengan agama Islam sedangkan Kerajaan ini tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang- undang syarak dan hudud. Menurut Baginda, Baginda sedia menerima hukum-hukum Islam tanpa immuniti tetapi tidak sanggup menerima undang-undang negara yang dikatakan bukan undang-undang Islam.

84. Sama ada direstui atau tidak oleh Baginda, kedudukan Raja-Raja Melayu semenjak merdeka ditentukan oleh undang- undang, iaitu Perlembagaan. Undang-undang inilah juga yang memberi keistimewaan-keistimewaan tertentu kepada Raja. Di antara keistimewaan ini ialah immuniti daripada tindakan undang-undang. Jika Raja sanggup menerima immuniti di bawah undang-undang yang bukan undang-undang Islam, kenapakah penghapusan immuniti dalam undang-undang yang sama tidak mahu diterima oleh Raja?

85. Dalam Islam ada dua prinsip yang dipegang kuat berkenaan dengan undang-undang. Yang pertamanya ialah tidak ada perbezaan antara umat Islam daripada segi penguatkuasaan hukum-hukum Islam. Raja dan rakyat adalah sama sahaja.Immuniti bagi Raja adalah bertentangan dengan prinsip ini.Menolak penghapusan immuniti supaya dikekalkan perbezaan antara Raja dan rakyat dalam undang-undang tidak mencerminkan pegangan yang kuat kepada prinsip Islam.

86. Menerima immuniti daripada undang-undang yang dikatakan bukan undang-undang Islam, tetapi menolak penghapusan immuniti ini dalam undang-undang yang sama amatlah bercanggah dengan dakwaan hanya sanggup menerima undang- undang Islam sahaja.

87. Islam memberi banyak kelonggaran. Islam mengambilkira segala faktor dan keadaan yang dihadapi oleh umatnya.Demikian dalam menunaikan ibadat pun keadaan alam sekeliling, kesihatan individu dan keadaan semasa diambilkira. Oleh itu, sembahyang boleh dilakukan tanpa gerak badan tertentu, tanpa menghadapi kiblat, didahulukan, dikemudiankan atau dicantumkan, berjemaah atau berseorangan.Rakyat Palestin yang dihalau keluar oleh Pemerintahan Zionis boleh sembahyang tanpa menanggalkan kasut. Dalam ibadat- ibadat lain kelonggaran juga diberikan. Demikian juga dengan penguatkuasaan hukum hudud. Keadaan alam sekeliling dan masyarakat perlu diambilkira. Sebab itu tidak banyak negara yang majoriti penduduknya terdiri daripada orang Islam yang melaksanakan hukum hudud. Yang melaksanakannya pun tidak melaksanakan dengan sepenuhnya.

88. Kerajaan tidak menolak hukum hudud. Pelaksanaannya mestilah mengambilkira keadaan negara di mana penduduk Islamnya hanya merupakan 56 peratus dan mereka masih daif dalam berbagai-bagai bidang. Pentadbiran yang menolak kelonggaran yang diberikan oleh Islam sebenarnya tidak mematuhi ajaran Islam. Islam tidak menyuruh orang Islam atau Kerajaan Islam melaksanakan hukum Islam secara membuta- tuli sehingga boleh membinasakan diri. Sebab itu Nabi menyuruh pengikutnya pergi ke Habsyah untuk menyelamatkan diri. Sebab itu Nabi berhijrah ke Madinah untuk menyelamatkan Islam dan perjuangan Islam.

89. Jika keadaan mengizinkan, kita akan menguatkuasakan hukum hudud. Tetapi janganlah sementara kita menunggu hukum hudud dilaksanakan, kita melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam. Sebenarnya jenayah yang dilarang dalam undang-undang negara ini adalah juga yang dilarang oleh agama Islam. Apakah Raja berkenaan mahu kebebasan melakukan jenayah ini hanya kerana kita belum boleh melaksanakan hukum hudud yang melarang jenayah yang sama?

90. Prinsip yang kedua ialah tidak ada kekebalan dalam Islam. Semua hukum adalah untuk semua umat. Raja yang mahu dirinya kebal daripada undang-undang sudah tentu menentang prinsip Islam ini.

Tuan Yang di-Pertua,

91. Akhirnya saya ingin menyentuh mengenai masalah menasihati Raja. Seperti yang telah saya sebutkan, Raja dikehendaki menerima nasihat Kerajaan. Di negara-negara lain di mana Sistem Beraja masih wujud walaupun tidak ada peruntukan khusus bahawa Raja bertindak mengikut nasihat
Kerajaan, namun Raja tidak pernah bertindak bertentangan dengan nasihat Kerajaan. Oleh itu, perhubungan di antara Raja dengan Kerajaan yang mewakili rakyat tetap baik. Lebih daripada itu, di negara-negara ini Raja dihormati dan disanjung tinggi oleh masyarakat.

92. Malangnya, di Malaysia walaupun ada peruntukan bahawa Raja harus bertindak mengikut nasihat Kerajaan, tetapi pihak Raja memegang kepada tafsiran nasihat yang diterima umum — iaitu nasihat boleh diterima atau ditolak. Tafsiran ini adalah salah. Dalam pada itu, ada pula perkara tertentu yang Raja menganggap ianya tidak perlu diberi nasihat.Dengan ini banyaklah perkara yang dilakukan yang bertentangan dengan Kerajaan yang mewakili rakyat.

93. Masalah yang dihadapi hari ini berpunca daripada pendapat bahawa Raja boleh membelakangkan Kerajaan rakyat.Tindakan curang yang berlaku adalah kerana nasihat tidak dihiraukan. Tidak adanya persetujuan terhadap pindaan ini juga berpunca daripada keengganan Raja menerima nasihat.

94. Jika ini berterusan, maka Kerajaan Demokrasi Berparlimen tidak dapat wujud sepenuhnya dan sebenarnya.Inilah sebabnya Kerajaan membawa pindaan ini kepada Dewan.Jika proses ini dipertikaikan, maka keputusan boleh dibuat oleh mahkamah. Sebagai Kerajaan yang berpegang teguh kepada, dengan izin `rule of law` kita akan patuh kepada keputusan mahkamah. Di masa yang sama, perkara ini tidak harus dilihat daripada sudut undang-undang sahaja. Ia perlu dilihat daripada sudut politik juga.

95. Di waktu Raja menyerahkan negeri-negeri Melayu kepada British, rakyat mengambil tindakan politik untuk mendapatkan balik negeri-negeri Melayu dan mengekalkan Institusi Raja.Walaupun daripada segi undang-undang rakyat tidak berhak kerana semua perjanjian dibuat antara British dan Raja sahaja, pihak British menghormati tindakan politik rakyat.

96. Saya berharap Raja-Raja Melayu juga akan mengambil iktibar daripada sejarah negara, khususnya sejarah Malayan Union dan menerima kehendak politik negara. Walaupun tanda- tanda menunjukkan bahawa Raja-Raja tidak menerima pindaan ini, saya berharap selepas pindaan ini diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Raja-Raja Melayu akan menerima dan meluluskan undang-undang ini.

Tuan Yang di-Pertua, Saya mohon mencadangkan.

Rakaman video berita: jibby Altantuya menghabiskan 274 hari sepanjang 588 hari berkhidmat sebagai pm & konsep 1Msia terbukti cacat..Bila ada apco tentu ada slogan yang sama, 1israel, 1Msia & 1Indonesia… masih nak nafi apco zionis tak terlibat dalam slogan 1Msia?

Posted in Malaysia news on December 23, 2010 by ckchew

Bila ada apco tentu ada slogan yang sama, 1israel, 1Msia & 1Indonesia… masih nak nafi apco zionis tak terlibat dalam slogan 1Msia?

APCO Worldwide in Indonesia

Indonesia’s political and business environment has changed beyond
recognition in recent years. National institutions have been reshaped, while
greater freedom and democracy have initiated an increasingly assertive
media, and empowered civil and community groups and nongovernmental
organizations (NGOs). Indonesia’s political realities require companies to deal
with regional and local governments and groups that have assumed enormous
formal and informal powers since the advent of democracy. APCO Worldwide’s
Indonesia office helps clients face these challenges and prosper in an
ever-changing business environment.
APCO is a leading provider of integrated and comprehensive corporate advisory,
government relations and strategic communication consulting services. APCO’s
team has extensive experience and relationships with the media, government and
nongovernmental groups in Indonesia that can be leveraged on behalf of clients.
This local knowledge, combined with APCO’s global team of former elected
politicians, business leaders, ambassadors, journalists and government officials,
provides customized solutions to promote and protect clients’ interests in
Indonesia and overseas.

http://www.apcoworldwide.com/Content/pdfs/Indonesia_Brochure.pdf

Rakaman video 4 pembentang dasar PR di Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2, Dewan Millieum

Posted in Malaysia news with tags on December 22, 2010 by ckchew

Rakaman Ucapan Ust Hadi Awang di Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 2010

Posted in Malaysia news with tags on December 22, 2010 by ckchew

Rakaman ucapan Karpal Singh di Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2: DAP menyokong Islam sebagai Agama rasmi negara

Posted in Malaysia news with tags on December 21, 2010 by ckchew

Rakaman video perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat & Ucapan Penggulungan Anwar Ibrahim

Posted in Malaysia news with tags , on December 21, 2010 by ckchew

Rakaman video Konvensyen Pakatan Rakyat: Intipati Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di Pulau Pinang

Posted in Malaysia news with tags on December 20, 2010 by ckchew

Rakaman ucapan Karpal Singh di Konvensyen PR 2: Minta Anwar Bukan Saja Gulung Konvensyen, Tetapi Gulung bn Flip Flop Sekali

Posted in Malaysia news with tags on December 20, 2010 by ckchew

Laporan Sivarasa & Karpal Singh Jelas Membuktikan Kepincangan keputusan speaker parlimen membuat keputusan dalam proses penggantungan Ketua Pembangkang

Posted in Malaysia news with tags on December 18, 2010 by ckchew

Rujuk Kronologi Fakta dalam Laporan di bawah & ia jelas menunjukkan speaker gila babi BOHONG!

Laporan oleh YB Karpal Singh (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan YB Sivarasa Rasiah (Ahli Parliamen  Subang) sebagai ahli-ahli Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengenai Usul yang dirujukkan oleh Dewan pada 22.4.10 berhubung dengan Yang Berhormat Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar bin Ibrahim (Ahli Parlimen bagi Permatang Pauh):

1. Laporan ini dibentangkan oleh kami kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan [“Jawatankuasa”] selaras dengan Peraturan-peraturan  Mesyuarat 83(12)(a) berhubung dengan Peraturan-peraturan  Mesyuarat Dewan Rakyat berdasarkan penyertaan kami sebagai ahli-ahli Jawatankuasa pada empat (4) mesyuarat yang telah diadakan berhubung dengan perkara yang dirujukkan pada 17.5.10, 8.6.10, 9.6.10 dan 3.12.10, untuk dibentangkan kepada Majlis sebagai sebahagian daripada laporan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa kepada Majlis di bawah Peraturan-peraturan Mesyuarat 86(1).

2. Laporan dibentangkan bertentangan dengan siasatan oleh Jawatankuasa selaras dengan Usul untuk merujuk Dato Seri Anwar Ibrahim [“DSAI”], Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, kepada Jawatankuasa yang telah dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz [“Menteri Nazri”] kepada Majlis dan diluluskan oleh Majlis pada 22.4.2010 walaupun ahli-ahli pembangkang telah melangkah keluar daripada Majlis.

2.1. Usul telah ditimbulkan oleh Menteri Nazri bagi kenyataan berikut yang telah dibuat oleh DSAI dalam Dewan Rakyat pada 17.3.2010.

“1999 Satu Israel. 2009 APCO  menasihati Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib 1Malaysia”

2.2. Kenyataan, apabila dibaca dari segi konteks, menunjukkan bahawa APCO Worldwide [“APCO”] telah memberi nasihat kepada Perdana Menteri berhubung dengan konsep 1Malaysia beliau.

3. Tujuan laporan ini adalah untuk membuka mata ahli-ahli Majlis mengenai persendaan terhadap keadilan yang telah dilakukan terhadap DSAI dengan menolak hak beliau untuk:-

3.1.        mempunyai peguam undang-undang bagi mewakili beliau dalam pembelaannya;

3.2.        mendengar keterangan yang ditujukan terhadap beliau dan menguji keterangan tersebut melalui pemeriksaan balas; dan

3.3.        memanggil saksi-saksi dan mengemukakan pembelaan beliau sendiri; dan

3.4.        juga untuk menunjukkan pandangan kami berhubung dengan implikasi apabila didapati bahawa DSAI adalah bersalah atas pelanggaran hak dan kebebasan dalam keadaan-keadaan kes ini.

4. Ia akan menjadi jelas daripada laporan berikut bahawa terdapat penafian yang melampau dan secara terang-terangan terhadap DSAI berhubung dengan hak kepada satu perbicaraan yang adil di hadapan Jawatankuasa oleh Speaker Dewan Rakyat (dalam keupayaan beliau sebagai Pengerusi Jawatankuasa) [“Speaker”] dan ahli-ahli Jawatankuasa yang bekerjasama rapat dengan pemerintah Barisan Nasional, dan yang secara kolektif membentuk majoriti dalam Jawatankuasa.  Untuk rekod, ahli-ahli Jawatankuasa adalah:-

4.1.        Speaker Dewan

4.2.        YB Beluran – Barisan Nasional ( yang juga merupakan Timbalan Speaker)

4.3.        YB Muar – Barisan Nasional

4.4.        YB Alor Gajah – Barisan Nasional

4.5.        YB Batang Sadong – Barisan Nasional

4.6.        YB Subang – Pakatan Rakyat

4.7.        YB Bukit Gelugor – Pakatan Rakyat

5. Ini adalah rayuan kepada ahli-ahli Majlis untuk mengenepikan kesetiaan parti dan untuk mencetuskan objektif dalam meluluskan penghakiman ke atas ahli rakan Dewan Rakyat. Sebagai ahli-ahli majlis pada ogos ini, kami sepatutnya sentiasa bertindak selaras dengan prinsip keadilan asasi dan keadilan prosedur.

6.Kami juga mesti sedar bahawa prosiding ini akan menimbulkan ancaman yang teruk dan tidak pernah berlaku sebelum ini kepada hak untuk kebebasan bersuara dalam Dewan Rakyat.  Sekiranya kenyataan dibuat oleh DSAI dianggap sebagai pelanggaran hak dan kebebasan, maka kami akan melakukan membuat kerosakan yang melampau dan kekal kepada hak asasi dalam kebebasan bersuara yang dinikmati oleh ahli-ahli Parlimen dan tanpanya yang mana Parlimen tidak akan dapat berfungsi secara bermakna. Ia akan menimbulkan kesan yang kekal ke atas imej awam Parlimen Malaysia di sini dan di seluruh dunia.  Kami akan menyatakan dengan lebih ketara lagi mengenai perkara ini apabila kami membincangkan merit-merit berhubung dengan usul selanjutnya.

Kronologi Fakta

7. Peristiwa-peristiwa material dinyatakan secara ringkas di bawah. Keterangan mengenai apa yang telah berlaku dalam mesyuarat Jawatankuasa adalah tidak menyeluruh, dan bagi penerangan sepenuhnya, rujukan akan dibuat kepada minit-minit.

17.3.2010

DSAI membuat kenyataan dalam Dewan Rakyat berhubung dengan perkaitan di antara APCO, Kerajaan Malaysia dan konsep 1Malaysia

Rujuk Hansard 17.3.2010

22.3.2010

YB Kota Belud mendakwa bahawa DSAI telah mengelirukan Dewan Rakyat yang bercanggah dengan Peraturan 36(12) Peraturan-peraturan Mesyuarat.

Menteri Nazri bercakap bagi pihak kerajaan mencadangkan agar DSAI diberi tempoh 1 minggu untuk menjelaskan maksud beliau dan untuk membetulkan sebarang kesilapan dakwaan dari segi fakta.

Rujuk Hansard 22.3.2010

30.3.2010

DSAI menyediakan penjelasan terperinci kepada Dewan Rakyat dengan mengemukakan asas berhubung dengan kenyataan beliau yang menentang perkaitan di antara APCO, Kerajaan Malaysia dan konsep 1Malaysia, serta juga perkaitan di antara APCO dan kerajaan Israel.

Beliau selanjutnnya telah mencabar Perdana Menteri Najib (“PM”) untuk menafikan mengikut kategori bahawa mana-mana individu yang mempunyai hubung kait dengan APCO atau firma-firma bersekutunya telah terlibat dalam mewujudkan konsep 1Malaysia. Tiada jawapan telah diberikan oleh PM.

No: 1 Petikan Hansard 30.3.2010

22.4.2010

Menteri Nazri berucap bagi pihak Kerajaan menimbulkan usul untuk merujuk DSAI kepada Jawatankuasa kerana telah mengelirukan Dewan Rakyat apabila membuat kenyataan berikut:-

“1999 Satu Israel. 2009 APCO  memberi nasihat mengenai konsep 1Malaysia Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib”.

Usul selanjutnnya mencadangkan agar Jawatankuasa mengesyorkan hukuman sewajarnya terhadap DSAI, untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam perkara ini [“Usul Kerajaan”].

Atas penjelasan yang telah dipohon oleh ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain mengenai sama ada Usul Kerajaan yang mengandaikan bahawa DSAI adalah bersalah kerana mengelirukan Dewan Rakyat, Speaker (pada muka surat 5 dan 11) menyatakan bahawa prosedur berikut akan diikuti berhubung dengan rujukan kepada Jawatankuasa:

a)    Usul Kerajaan pertamanya hendaklah didebatkan dan diluluskan oleh Dewan Rakyat;

b)    Sekiranya usul tersebut diluluskan, Jawatankuasa kemudiannya akan menyiasat perkara tersebut dengan memanggil semua saksi yang berkenaan termasuk Ahli-ahli Parlimen berkenaan dan melihat pada semua dokumen berkenaan;

c)    Jawatankuasa akan membuat keputusan dan pengesyoran mereka kepada Dewan Rakyat

d)    Dewan Rakyat kemudiannya akan membuat perdebatan mengenai sama ada pengesyotan tersebut boleh diterima.

No: 2 Petikan Hansard 22.4.2010

17.5.2010

Mesyuarat Jawatankuasa Pertama

Ia telah dipersetujui oleh ahli-ahli Jawatankuasa bahawa semua saksi berkenaan akan dipanggil. DSAI tidak dimaklumkan mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Pertama tersebut dan oleh yang demikian beliau tidak menghadirkan diri.

No: 3 (Agenda bagi Mesyuarat PRPC)

7.6.2010

DSAI menghantar surat kepada Speaker mengesahkan (sebagai balasan kepada surat bertarikh 25.5.10 daripada Setiausaha Jawatankuasa) bahawa beliau akan hadir dan memberikan keterangan dalam perbicaraan Jawatankuasa pada 8.6.2010.  Beliau juga meminta untuk diwakili oleh peguam,  perbicaraan  disiarkan kepada umum, untuk dibenarkan mengemukakan senarai saksi-saksi beliau dan meminta bagi senarai saksi-saksi yang akan di panggil oleh Jawatankuasa.

No: 4 (surat DSAI bertarikh 7.6.2010)

8.6.2010

Mesyuarat Jawatankuasa Kedua

Jawatankuasa menimbangkan permohonan oleh YB Puchong dan ahli-ahli Dewan Rakyat yang lain untuk hadir semasa prosiding Jawatankuasa. Permintaan telah ditolak melalui undi 4:2  (empat ahli Barisan Nasional (“BN” ) iaitu YB Alor Gajah, YB Batang Sadong, YB Beluran (Timbalan Speaker) dan YB Muar mengundi untuk menolak; kami, dua  ahli Pakatan Rakyat mengundi untuk memberikan kebenaran untuk hadir).

Kami menyokong permohonan atas dasar bahawa ia adalah amalan sedia ada menurut autoriti Amalan di Parlimen Erskine May (“Erskine May “Parliamentary Practice”) (lihat muka surat 755, Edisi ke 23, Lexis-Nexis Butterworths) untuk berhak hadir  pada prosiding-prosiding Jawatankuasa yang mana orang awam tidak dibenarkan melainkan kehadiran mereka menghalang urusan jawatankuasa.  Kami tidak mendapati sebarang alasan bagi halangan tersebut akan berlaku.

DSAI kemudiannya dipanggil dan membuat permohonan untuk diwakili oleh peguam.  Permohonan itu ditolak atas dasar undi yang sama seperti mana di atas yang menafikan permintaan bagi representasi mengikut undang-undang. Empat ahli BN mengundi untuk menolak representasi oleh peguam; kami pula mengundi memihak kepadanya. Walau bagaimanapun DSAI dimaklumkan oleh Speaker bahawa peguam beliau dibenarkan hadir bagi memberi nasihat.

No 5 – Erskine May muka surat 755

8.6.2010

Kami kemudiannya dimaklumkan pada hari tersebut bahawa Jawatankuasa berhasrat untuk memulakan prosiding pada 9.6.2010 dengan memeriksa Menteri Nazri dan wakil daripada APCO.

8.6.2010

DSAI menghantar surat kepada Speaker mengesahkan bahawa Jawatankuasa telah bersetuju untuk membenarkan peguan DSAI hadir bagi menasihati beliau. Beliau juga menyatakan bahawa beliau telah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa akan teruskan prosiding  memulakannya tanpa kehadiran beliau pada hari berikutnya, iaitu pada hari Rabu 9.6.10 untuk mendengar keterangan saksi-saksi dan meminta agar beliau dibenarkan hadir dalam prosiding pada 9.6.2010 bersama peguam beliau untuk tujuan mempunyai akses kepada keterangan diberikan oleh saksi-saksi tersebut dan hak untuk memeriksa balas mereka.

No: 6

(surat DSAI bertarikh 8.6.2010)

9.6.2010

Mesyuarat Jawatankuasa Ketiga

Ia telah dinyatakan dalam agenda bagi mesyuarat jawatankuasa ketiga bahawa Menteri Nazri dan Brad Staples, Ketua Eksekutif APCO bagi Eropah, Timur Tengah dan Afrika [“CEO APCO”] akan dipanggil untuk memberikan keterangan mereka dihadapan Jawatankuasa.

Walaupun tidak dimaklumkan secara rasmi  mesyuarat tersebut, DSAI bersama dengan peguamnya, Dato Ambiga Sreenevasan, telah menghadiri mesyuarat tersebut. DSAI kemudiannya terus memperbaharui permohonan beliau untuk diwakili peguam. Permohonan peguam beliau untuk bercakap bagi pihak beliau dan mengemukakan kepada Jawatakuasa, hanya atas isu ini telah dinafikan oleh Speaker.

Kebenaran untuk membenarkan DSAI untuk diwakili oleh peguam sekali lagi telah ditolak selepas undi yang sama seperti sebelumnya – 4:2 menentang.

Walau bagaimanapun, Speaker bersetuju untuk membenarkan DSAI sendiri hadir apabila keterangan saksi diberikan di hadapan Jawatankuasa dan selanjutnnya memeriksa balas saksi-saksi. DSAI kemudiannya meninggalkan mesyuarat tersebut.

Selepas beberapa pertengkaran yang panas pada mesyuarat tersebut, mesyuarat kemudiannya ditangguhkan pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Speaker.

No: 7 (Agenda bagi Mesyuarat Jawatankuasa)

9.6.2010

DSAI menghantar surat kepada Speaker mengemukakan senarai saksi-saksi yang beliau kehendaki untuk panggil bagi memberikan keterangan di hadapan Jawatankuasa selaras dengan Peraturan-peraturan Mesyuarat 83(9).

No: 8 (surat DSAI bertarikh 9.6.2010)

20.8.2010

CEO APCO menghantar surat bertarikh 19.8.10 kepada Speaker mengatakan antara lainnya bahawa:-

a)    beliau telah datang dari Brussel ke Kuala Lumpur untuk memberi keterangan di hadapan PRPC pada Jun 2010 tetapi beliau telah dinafikan peluang untuk berbuat demikian;

b)    APCO menyediakan sokongan komunikasi kepada Kerajaan Malaysia; dan

c)    APCO tidak terlibat dalam pembentukan 1Malaysia atau 1Israel.

Atas alasan-alasan yang tidak diketahui, surat ini tidak dibawa untuk perhatian segera Jawatankuasa tetapi hanya dikemukakan di hadapan Jawatankuasa pada mesyuarat (keempat) berikutnya yang diadakan pada 3.12.10 ditetapkan melalui notis yang bertarikh 30.11.10.

No: 9 (surat DSAI bertarikh 19.8.2010)

3.12.2010

Mesyuarat Jawatankuasa Keempat

Notis telah diberikan kepada kami melalui surat  bertarikh 30 November 2010 yang tidak membayangkan sebarang agenda khusus bagi mesyuarat. DSAI tidak dimaklumkan berhubung dengan mesyuarat tersebut dan oleh yang demikian beliau tidak menghadirkan diri.

Agenda menunjukkan pada pagi semasa mesyuarat tersebut hanya perbincangan yang telah diadakan “Perbincangan mesyuarat Jawatankuasa …”

Surat tersebut di atas oleh CEO APCO yang bertarikh 19.10.2010 yang dialamatkan kepada Speaker telah ditunjukkan kepada Ahli-ahli Jawatankuasa.

YB Muar mencadangkan agar Jawatankuasa membuat keputusan mengenai perkara berdasarkan surat daripada CEO APCO dan jawapan oleh Menteri Koh Tsu Koon dan Menteri Nazri yang bertarikh 22.10.09, 18.3.10 dan 29.3.10  bagi pihak Jabatan Perdana Menteri kepada 3 soalan oleh ahli Majlis (“jawapan Jabatan PM”) tanpa mendengar sebarang keterangan daripada mana-mana saksi yang dicadangkan sebagaimana diputuskan sebelum ini.  Beliau berpendapat bahawa dokumen-dokumen ini adalah mencukupi bagi Jawatankuasa untuk membuat keputusan.

Speaker juga menimbulkan perkara tersebut berhubung dengan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat 82 dan khususnya 82(11) .

Kami membantah atas dasar, antara lainnya, bahawa Speaker telah memberikan jaminan dalam Dewan Rakyat bahawa Jawatankuasa akan ,menyiasat perkara ini dengan memanggil semua saksi berkenaan termasuk Ahli-ahli Parlimen berkenaan dan melihat kepada semua dokumen berkenaan,  Jawatankuasa juga telah menimbangkan perkara tersebut dan membuat keputusan untuk memanggil saksi-saksi termasuk DSAI.  Fakta semata-mata berhubung dengan surat oleh APCO tidak boleh digunakan sebagai asas bagi mengubah semua yang tersebut dan melanggar peraturan asasi berhubung dengan keadilan dan keadilan asasi. Nota-nota prosiding Jawatankuasa akan menunjukkan pertikaian yang dibuat oleh beberapa ahli.

Usul YB Muar telah diletakkan untuk diundi dan diluluskan oleh undi 4:2 yang serupa seperti sebelum ini.

Kami memaklumkan Speaker bahawa kami tidak lagi dapat mengaitkan diri kami selanjutnya dengan prosiding memandangkan pelanggaran yang melampau ke atas ketidakadilan prosedur dan ketidakadilan yang melampau telah dilemparkan ke atas DSAI dengan menafikan beliau akan hak asas beliau untuk didengar. Kami kemudiannya menarik diri daripada prosiding pada masa tersebut.

Ketidakadilan Prosedur

8.            Daripada kronologi di atas, ia adalah bukti bahawa Jawatankuasa telah menafikan DSAI akan hak beliau untuk:-

8.1.        mempunyai peguam undang-undang untuk hadir bagi membantu beliau dalam pembelaannya;

8.2.        mendengar keterangan yang ditujukan terhadap beliau dan menguji keterangan tersebut melalui pemeriksaan balas; dan

8.3.        memanggil saksi-saksi dan untuk mengemukakan pembelaan beliau.

8.4.        Mendengar keterangan beliau secara persendirian mengenai fakta-fakta dan isu-isu yang ditimbulkan oleh beliau

Hak kepada peguam undang-undang

9.            DSAI telah membuat permohonan kepada Jawatankuasa untuk diwakili oleh peguam undang-undang yang hadir untuk membantu beliau dalam pembelaan beliau semasa prosidingnya.

10.         Permohonan DSAI adalah wajar memandangkan fakta bahawa Usul Kerajaan adalah usul bahawa DSAI telah bertindak dalam menghina Dewan Rakyat atas kenyataan yang dikatakan mengelirukan Dewan Rakyat.

10.1.     Ia adalah penting bahawa sekiranya didapati bersalah, hukuman yang mungkin dikenakan ke atas DSAI termasuk hukuman penjara sehingga 60 hari[1]

10.2.     Fakta bahawa Usul Kerajaan mungkin mengenakan sanksi sedemikian ke atas DSAI dalam perlaksanaan beliau dalam peranan Ahli Parlimen dan sebagai Ketua Pembangkang sendiri secara jelas menunjukkan keperluan untuk memberikan kepada DSAI, peluang sepenuhnya unutk mempertahankan diri beliau.

11.         Adalah penting untuk diperhatikan bahawa Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat secara khusus memperuntukkan agar DSAI boleh diwakili oleh peguam undang-undang dalam prosiding di hadapan PRPC, dengan syarat bahawa kebenaran tersebut adalah yang pertama diberikan oleh Jawatankuasa.

11.1.     Peraturan 83(7A) Peraturan-peraturan Mesyuarat menyatakan bahawa mana-mana pihak yang menjalankan siasatan dalam bentuk subjek melalui Jawatankuasa Terpilih boleh diwakili oleh peguam, sekiranya kebenaran diberikan oleh Jawatankuasa Terpilih.

12.         Menolak hak DSAI untuk diwakili oleh peguam undang-undang dengan  demikian mempersendakan peruntukan ini. Sekiranya budi bicara untuk membenarkan representasi undang-undang tidak akan dilaksanakan dalam keadaan-keadaan kes penting ini yang melibatkan Ketua Pembangkang sedikit sebanyak dan dengan implikasi teruk sedemikian bagi kebebasan bersuara di Parlimen, bilakah sebenarnya ia akan dilaksanakan?

13.         Ia jelasnyata pada 9.6.10, apabila Speaker menolak untuk membenarkan peguam undang-undang DSAI, Dato Ambiga Sreenevasan, yang telah hadir pada prosiding tersebut, untuk mengemukakan kepada Jawatankuasa mengenai kepentingan dalam membenarkan DSAI hak  untuk diwakili pada prosiding tersebut, sebelum undi dibuang.

14.         Memandangkan pertuduhan pengataan yang ditujukan terhadap DSAI kerana menghina mungkin akan menarik sanksi-sanksi penal, pertuduhan tersebut dianggap seolah-olah seperti kesalahan jenayah dalam Mahkamah Undang-undang. Oleh yang demikian, DSAI sepatutnya diberikan hak dan peluang sepenuhnya untuk mempertahankan diri beliau terhadap kesalahan tersebut sebagaimana diperuntukkan dalam kesalahan jenayah. Ini adalah hak asas yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan serta juga Konvensyen Antarabangsa.

14.1.     Artikel 5(1) dan 5(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang didakwa atas kesalahan jenayah akan diberi kebenaran untuk meminta nasihat dan untuk dipertahankan oleh pengamal undang-undang mengikut pilihan beliau.

14.2.     Artikel 14(3) International Covenant on Civil and Political Rights menyatakan bahawa mana-mana orang yang didakwa atas kesalahan jenayah adalah berhak kepada jaminan minimum (“minimal guarantee”), antara lainnya, mempunyai kemudahan bagi penyediaan pembelaan beliau dan untuk berkomunikasi dengan peguam yang telah beliau pilih.

Lihat:  Lampiran 12 International Covenant on Civil and Political Rights

15.         Pada hakikatnya, dalam kebanyakan Parlimen moden dengan sistem yang bermakna  yang mengamalkan demokrasi berparlimen, hak untuk diwakili oleh peguam undang-undang apabila hadir di hadapan Jawatankuasa Terpilih adalah dijamin.

15.1.     Sebagai contoh, dalam Parlimen New Zealand, mana-mana orang yang memberikan keterangan di hadapan Jawatankuasa Terpilih adalah berhak untuk meminta nasihat peguam undang-undang di sepanjang prosiding tersebut. Selanjutnya, peguam undang-undang mereka malahan adalah berhak untuk menghujah dan menimbulkan bantahan bagi pihak mereka, dengan kebenaran Jawatankuasa Terpilih.

15.2.     Di sini, DSAI bukan sahaja hadir sebagai saksi semata-mata, beliau sebenarnya pesalah yang tindakannya dikatakan sebagai perkara subjek dalam siasatan ini.

Lihat:  Lampiran 13 Keadilan Asasi di hadapan Jawatankuasa Terpilih Parlimen New Zealand

16.         Kami berpendapat bahawa tidak ada alasan yang munasabah sama sekali telah diberikan oleh Speaker atau mana-mana ahli Jawatankuasa yang mengundi untuk menolak kebenaran tersebut.

17.         Kami menerima bahawa Jawatankuasa pada 8.6.10 telah memutuskan untuk membenarkan DSAI, dengan hak terbatas beliau untuk mempunyai peguam beliau hadir dan memberi nasihat kepada beliau di mana perlu. Walau bagaimanapun, hak tersebut bukan merupakan hak yang diperuntukkan di bawah Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat 83(7A).

18.         Walau apapun, penafian serius hak DSAI untuk mempunyai peguam undang-undang telah dianggap sebagai (situasi yang berbentuk) akademik apabila Jawatankuasa pada 3.12.10 mengambil keputusan yang lebih drakonian dalam menafikan beliau akan hak untuk hadir secara sendiri, mengemukakan bukti dan memanggil saksi-saksi bagi mempertahankan diri beliau.

Hak untuk mendengar dan menguji bukti

19.         DSAI juga telah dinafkan akan hak beliau untuk mendengar bukti terhadap beliau serta juga untuk menguji bukti sedemikian.

19.1.     Keadaan ini berlaku walaupun beliau telah menerima jaminan daripada Speaker semasa prosiding dalam Majlis pada 22.4.10 dan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kedua dan Ketiga pada 8.6.2010 dan 9.6.10 bahawa beliau akan dibenarkan untuk mendengar semua keterangan saksi yang diberikan di hadapan Jawatankuasa dan peluang untuk bertanyakan soalan kepada saksi-saksi.

20.         Satu-satunya “bukti” yang tersedia terhadap DSAI pada masa kami menarik diri daripada prosiding tersebut  terdiri daripada:-

20.1.     3 jawapan Jabatan PM yang dibuat oleh Menteri Koh dan Menteri Nazri; dan

20.2.     surat yang bertarikh 19.8.2010 daripada CEO APCO.

Lihat Lampiran 14 – 3 jawapan Jabatan PM oleh Menteri Koh dan Menteri Nazri bertarikh 22.10.09, 18.3.10 dan 29.3.10.

21.         Adalah amat tidak boleh dipercayai bahawa majoriti daripada Jawatankuasa secara keseluruhannya, berpuashati dalam mengandungi menerima kebenaran dan ketepatan akan semua pengataan yang dibuat oleh CEO APCO tanpa keperluan untuk mendengar daripada beliau secara peribadi atau mengajukan mana-mana soalan selanjutnya kepada beliau.

21.1.     Dalam hubungan ini, ia hendaklah diperhatikan bahawa pengataan yang dibuat oleh CEO APCO bukan merupakan kenyataan yang dibuat di bawah kenyataan bersumpah dan oleh mana-mana pandangan munasabah, secara jelas mungkin dianggap sebagai kenyataan yang mementingkan diri sendiri apabila mengambil kira realiti kontrak mereka dengan Kerajaan dan jumlah besar yang telah mereka bayar.

21.2.     Jawatankuasa mempunyai kuasa penuh di bawah Seksyen 18 Akta Dewan-Dewan Parliamen (Hak & Kebebasan) 1952 yang dikehendaki saksi-saksi memberi keterangan secara bersumpah. (Lihat Lampiran 15)

21.3.      Ia juga hendaklah diperhatikan bahawa sebagai ahli-ahli Jawatankuasa sendiri, kami, walaupun mempunyai soalan untuk ditujukan kepada beliau, peluang kami telah dinafikan untuk berbuat demikian.

21.4.     Kami juga memerhatikan bahawa APCO pada sekurang-kurangnya dalam 2 keadaan tertentu, telah membuat kenyataan palsu yang boleh ditunjukkan seperti di bawah:

21.4.1 Pertama, pada 30.3.10, apabila Bernama menyiarkan kenyataan mereka menafikan bahawa mereka bekerja dengan kerajaan Israel.  Ini telah didedahkan sebagai kenyataan palsu dalam artikel Straits Times yang bertarikh 31.3.10 di mana ia telah mendedahkan bahawa berdasarkan rekod-rekod Jabatan Keadilan AS (“US Justice Department”), mereka telah melakukan kerja untuk kerajaan Israel pada 1992.

Lihat Lampiran No:  16 artikel Bernama yang bertarikh 30.3.10 dan Straits Times yang bertarikh 31.3.10

21.4.2 Kenyataan palsu kedua terkandung dalam surat APCO yang bertarikh 19.8.10 di mana penulis CEO Brad Staples yang sepatutnya hadir sebagai saksi membuat kenyataan palsu dalam perenggan kedua ”… Saya tidak dibenarkan untuk memberi keterangan”. Ini sama sekali adalah palsu. Beliau mengetahui atau seharusnya mengetahui bahawa prosiding bagi hari tersebut telah ditangguhkan pada tarikh yang akan ditetapkan. Beliau sepatutnya telah dipanggil untuk memberi keterangan pada tarikh tersebut. Tidak ada soalan yang ditimbulkan Jawatankuasa dan Jawatankuasa menolak untuk mendengar keterangan beliau walaupun ia ditimbulkan.

21.5    Berdasarkan dua kenyataan palsu boleh ditunjukkan ini yang dibuat oleh APCO, kredibiliti surat secara jelas boleh dipersoalkan. Ia adalah tidak munasabah untuk hanya menerima pengataan kosong yang dibuat bahawa mereka tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pembentukan 1 Malaysia.  Ia akan menjadi jelas kepada mana-mana orang/orang-orang yang munasabah bahawa kenyataan APCO adalah untuk kepentingan diri sendiri dan mungkin dengan mudah diperolehi atas permintaan Kerajaan.

21.6    Berhubung dengan jawapan bagi pihak Jabatan PM oleh Menteri Koh dan Nazri, kami memerhatikan bahawa tidak ada seorangpun daripada mereka, dan tidak di mana-mana sekalipun secara jelas menyatakan bahawa APCO tidak terlibat dalam penubuhan konsep 1 Malaysia walau dalam apa cara sekalipun. Ini adalah seiring dengan dengan sikap membisu PM untuk mencabar isu yang dikeluarkan oleh DSAI, yang dari segi kategorinya menafikan bahawa mana-mana individu yang mempunyai hubung kait dengan APCO atau firma-firma bersekutunya telah terlibat dalam mewujudkan konsep 1Malaysia. Tidak ada jawapan telah dibuat sehingga kini sepanjang pengetahuan kami yang dikeluarkan oleh PM.

21.7    Tidak terdapat juga penafian khusus dalam jawapan Menteri Nazri kepada andaian YB Tanah Merah dalam soalan beliau bahawa APCO telah dibayar oleh Perdana Menteri untuk melancarkan konsep 1 Malaysia. Jawapan Menteri Nazri kelihatan cuba untuk menumpukan kepada “promosi” dan mengelakkan sebarang rujukan kepada “pelancaran” dalam soalan.

21.8    Jawapan mereka turut mengulangi bahawa tidak ada syarikat komunikasi sama ada syarikat tempatan atau asing telah dilantik untuk mempromosikan secara khusus  konsep 1Malaysia tetapi mendakwa pada masa yang sama bahawa APCO telah dilantik untuk melaksanakan “perkhidmatan komunikasi komprehensif”.  Ia mungkin menjadi soalan yang jelas mengenai bagaimana untuk mengasingkan promosi konsep 1Malaysia daripada menyediakan perkhidmatan komunikasi komprehensif.  Ia juga jelas daripada jawapan mereka bahawa APCO adalah satu-satunya syarikat (sama ada syarikat tempatan atau asing) yang memainkan peranan utama dalam mengendalikan komunikasi komprehensif atau keseluruhan bagi Kerajaan. Kami juga memerhatikan bahawa kedua-dua Menteri juga mengelak daripada menjawab bahagian soalan-soalan yang bertanyakan tentang berapa banyak kos bagi perkhidmatan tersebut walaupun selepas itu dalam Majlis, Nazri sendiri telah mengesahkan bahawa kos perkhidmatan APCO berada pada sekitar RM 76 juta.

21.9    Dengan menafikan DSAI akan hak beliau untuk memeriksa balas semua individu ini, Jawatankuasa telah ‘mencacatkan’ dengan teruk keupayaan DSAI untuk mempertahankan diri beliau. DSAI tidak akan dapat mengemukakan sebarang soalan kepada mereka bagi menguji ketepatan kenyataan mereka. Ini adalah pelanggaran secara terang-terangan akan peraturan keadilan asasi dan secara jelas merupakan sesuatu yang tidak adil kepada beliau.

Hak untuk memanggil saksi-saksi dan hak untuk didengar

22.         Ia juga penting bahawa DSAI telah dinafikan akan hak beliau untuk memanggil saksi-saksi beliau sendiri dalam perkara ini dan hak beliau sendiri untuk didengar.

23.         Ini secara jelasa tidak konsisten dengan:-

23.1.     representasi dibuat oleh Speaker kepada Dewan Rakyat pada 22.4.2010 di mana beliau telah memberi kepastian kepada majlis bahawa Jawatankuasa akan menyiasat perkara dengan memanggil semua saksi berkenaan termasuk Ahli-ahli Parlimen berkenaan dan melihat pada semua dokumen berkenaan, dan

Lihat:  Lampiran No: 1 Hansard 22.4.2010, muka surat 5 dan 11

23.2.     keputusan oleh Jawatankuasa pada Mesyuarat Pertama pada 17.5.2010 bahawa semua saksi berkenaan akan dipanggil.

24.         Berhubung dengan hak untuk memanggil saksi-saksi, ia adalah penting bahawa Peraturan 83(9) Peraturan-peraturan Mesyuarat secara nyata membenarkan DSAI untuk memanggil saksi-saksi tersebut.

24.1.     Dalam pematuhan dengan prosedur yang dinyatakan di bawah Peraturan 83(9) Peraturan-peraturan Mesyuarat, DSAI telah menulis kepada Speaker pada 9.6.2010, iaitu memberikan notis saksi-saksi yang beliau berhasrat untuk panggil bagi memberikan keterangan di hadapan PRPC.

Lihat:  Lampiran 7 Surat DSAI yang bertarikh 9.6.2010

24.2.     Ia hendaklah diperhatikan bahawa Jawatankuasa tidak mempunyai budi bicara untuk menolak dalam mendengar keterangan saksi-saksi ini kecuali dan melainkan PRPC berpendapat bahawa saksi-saksi tersebut bersikap degil atau akan menyediakan keterangan yang tidak relevan (Peraturan 83(11) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat).

24.3.     Walau bagaimanapun, Jawatankuasa tidak boleh mengambil pendirian bahawa saksi-saksi DSAI bersikap degil atau keterangan mereka adalah tidak relevan memandangkan surat DSAI tidak pernah dikemukakan di hadapan Jawatankuasa dan senarai saksi tidak pernah dibincangkan oleh kami.

24.4.     Sekurang-kurangnya, Speaker sepatutnya membawa surat DSAI yang melampirkan senarai saksi untuk perhatian Jawatankuasa bagi perbincangan kolektif dalam menentukan sifat keterangan yang akan diberikan oleh individu-individu ini dan yang berkaitanya kepada prosiding yang ada.

24.5.     Di bawah Artikel 14(3) International Covenant on Civil and Political Rights, jaminan minimum yang lain hendaklah diberikan kepada mana-mana orang yang didakwa atas kesalahan jenayah untuk memeriksa, atau telah memeriksa, saksi-saksi terhadap beliau dan untuk mendapatkan kehadiran dan pemeriksaan saksi-saksi tersebut bagi pihak beliau di bawah syarat-syarat yang sama seperti saksi-saksi terhadap beliau.

Lihat:  Lampiran 14 International Covenant on Civil and Political Rights

24.6.     Kebergantungan oleh Speaker dan Jawatankuasa ke atas Peraturan-peraturan Mesyuarat 82(11) bahawa Jawatankuasa mempunyai budi bicara untuk menolak  mendengar sebarang keterangan yang tidak relevan adalah taksiran salah. Sekurang-kurangnya DSAI sepatutnya didengar secara peribadi mengenai apakah bukti yang beliau perlukan daripada saksi-saksi tersebut dan mengapa Jawatankuasa kemudiannya boleh memutuskan sama ada keterangan tersebut adalah relevan di hadapan Jawatankuasa yang dari segi undang-undang boleh menolak untuk memanggil mereka.

25.         Penolakan oleh majoriti daripada Jawatankuasa untuk memanggil saksi-saksi yang diperlukan oleh DSAI, atau malahan untuk menimbangkan kesesuaian mereka untuk memberikan keterangan, adalah pelanggaran yang jelas ke atas Peraturan-peraturan Mesyuarat. Kegagalan selanjutnya untuk melayan saksi-saksi DSAI dalam cara yang sama sebagaimana saksi-saksi yang lain, yang mana keterangan mereka telah diambil kira sebagai secara jelas bersifat tidak jujur di pihak majoriti Jawatankuasa.

26.       DSAI telah mengatakan dalam ucapan beliau dalam Majlis bahawa perhubungan di antara orang-orang penting dalam APCO, firma-firma bersekutunya dan penasihat-penasihat dan orang-orang yang terlibat dalam program 1 Malaysia di pejabat Perdana Menteri Najib telah bermula dengan bagus sebelum kontrak ditandatangani pada Ogos 2009 di antara APCO dan Kerajaan.  Beliau telah memberi keterangan mengikut keadaan dalam ucapan beliau di Parlimen dengan menyatakan, antara lainnya, bahawa laporan media yang boleh dipercayai mengatakan bahawa APCO telah membantu Najib menyusun strategi 100 hari beliau termasuk pesanan 1 Malaysia dan inisiatif-inisiatif beliau yang lain.  Ia serupa dengan yang dilaporkan bahawa APCO telahpun mempunyai pegawainya yang diletakkan di pejabat Najib sejak hari-hari awal pentadbiran (lihat Hansard 30.3.10 muka surat 34.  Pada pandangan kami, dengan mengikut mana-mana standard munasabah, ini adalah lebih daripada asas yang mencukupi bagi mengatakan bahawa APCO sebenarnya terlibat dalam pesanan 1 Malaysia. Ini diperkukuhkan lagi melalui fakta bahawa Kerajaan secara rasmi telah mengupah APCO dari Ogos 2009 dengan tugasan “komunikasi komprehensif” bagi “rangkaian meluas inisiatif pemulihan” (lihat Hansard 30.3.10 muka surat 33)(Lihat Lampiran 1).  Ia sekarang telah diketahui umum bahawa Kerajaan sendiri telahpun membayar sehingga RM 76 juta bagi perkhidmatan APCO tersebut.

27.       Dari segi perhubungan APCO dengan Kerajaan Israel, DSAI dalam Majlis, telah mengemukakan perkara-perkara khusus berhubung dengan perhubungan secara kontrak di antara APCO dan Israel dan juga memberikan butir-butir mengenai hubung kait rapat di antara orang-orang penting dalam APCO dan tokoh-tokoh kanan dalam penubuhan perisikan dan pertahanan Israel. Beliau juga menimbulkan kebimbangan tentang penggunaan firma seperti APCO mengambil kira reputasinya bagi memberi khidmat kepada pelanggan-pelanggan seperti bekas diktator Nigeria, Sani Abacha, Presiden sepanjang hayat Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev antara lainnya.  Menimbulkan isu-isu ini secara jelas adalah dalam peranan dan tanggungjawab beliau sebagai Pemimpin Pembangkang yang mengambil kira bahawa Malaysia, dari segi sejarah merupakan pengkritik hebat Israel khususnya atas layanan mereka terhadap penduduk-penduduk Palestin. Tujuan beliau dalam menimbulkan isu ini adalah untuk memastikan agar Kerajaan mengambil langkah berhati-hati berhubung dengan perhubungan Kerajaan dengan APCO mengambil kira situasi APCO sebelum ini yang telahpun terbukti.

28.       Ia mungkin akan menjadi jelas kepada mana-mana tribunal munasabah yang menyiasat kebenaran pengataan DSAI bahawa APCO memberi nasihat mengenai 1Malaysia yang ia merupakan perkara asasi kepada siasatan sedemikian untuk membenarkan saksi-saksi yang berkenaan kepada fakta-fakta sebagaimana dikatakan oleh DSAI untuk dipanggil dan diperiksa secara bersumpah. Malahan, Jawatankuasa mempunyai kuasa penuh untuk berbuat demikian.

29.       Hanya selepas memeriksa saksi-saksi tersebut, Jawatankuasa secara munasabah dapat merumuskan satu pendapat mengenai sama ada terdapat fakta-fakta mencukupi yang telah dibuktikan atau sebaliknya untuk menunjukkan asas bagi pengataan DSAI bahawa APCO memberi nasihat mengenai 1Malaysia.  Begitu juga, hanya selepas itu ia boleh memutuskan sama ada penafian kosong APCO dalam suratnya yang bertarikh 18.8.10 bahawa ia tidak terlibat dalam 1 Malaysia sebenarnya adalah penafian yang boleh dipercayai.

30.       Ia adalah hak yang suci dilindungi di bawah Perlembangaan Persekutuan kami dan sebenarnya adalah salah satu daripada rukun suci (“hallowed tenets”) daripada prinsip-prinsip keadilan asasi bahawa tidak ada orang yang boleh dijatuhkan hukuman tanpa haknya untuk didengar.

31.       Prinsip ini adalah berdasarkan maxim latin Audi Alteram Partem – yang bermaksud paling ringkas – untuk mendengar di pihak satu lagi. Ia juga adalah prinsip undang-undang yang dipelihara dengan baik yang telahpun mempunyai akar umbinya sejak zaman purba Greek lagi. Seawal Abad Keenam Belas, hakim-hakim berbangsa Inggeris telah membuat rujukan nyata kepada maxim di atas. Ia telah diringkaskan dengan sebaiknya melalui ungkapan terkenal oleh Hakim Fortescue pada 1723 dalam Kes Dr Bentley bahawa semua pelajar undang-undang diajar apabila membaca mengenai undang-undang:

“… even God himself did not pass sentence upon Adam before he was called to make his defence”

Diterjemahkan sebagai:

“… malahan Tuhan sendiri tidak menjatuhkan hukuman ke atas Adam sebelum beliau dipanggil untuk memberikan pembelaannya”

32.       Jawatankuasa hendaklah menyedari mengenai situasi duluan yang berbahaya yang ia telah putuskan dengan cuba untuk menjatuhkan hukuman ke atas DSAI tanpa memberikan beliau, hak dan peluang untuk didengar khususnya dari segi hak dan kebebasan fakta dan keadaan berhubung dengan pengataan yang dibuat terhadap beliau.  Isu-isu dari segi fakta telah dipertikaikan secara ‘panas’. Dalam situasi ini, mereka sepatutnya disiasat.

33.       Penolakan oleh majoriti Jawatankuasa untuk membenarkan DSAI akan hak dan peluang untuk :-

33.1    mempunyai peguam undang-undang untuk hadir bagi dalam pembelaannya;

33.2    mendengar keterangan yang ditujukan terhadap beliau dan menguji keterangan tersebut melalui pemeriksan balas; dan

33.3    memanggil saksi-saksi dan untuk mengemukakan pembelaannya sendiri.

Memberi maksud kepada  mala fides, dengan terang-terangan melanggari keadilan asasi dan akan menjadikan mana-mana keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa sama sekali tidak selamat dan arbitrari.

34.       Sebagaimana dianalisis di atas, ia adalah tidak mungkin bagi mana-mana tribunal munasabah dan tidak berat sebelah untuk mendapati bahawa DSAI bersalah dalam mengelirukan majlis di bawah Peraturan 36(12) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat atas dasar bahawa Usul Kerajaan adalah berdasarkan keterangan yang kurang memuaskan (sekiranya ia boleh dipanggil sebagai keterangan pada asalnya) dalam bentuk surat daripada APCO dan jawapan diberikan oleh Menteri Koh dan Nazri.

Implikasi teruk bagi kebebasan bersuara untuk Ahli-ahli Parlimen

35.       Sebagaimana dinyatakan di atas, kami menarik diri daripada prosiding pada mesyuarat keempat Jawatankuasa selepas majoriti Jawatankuasa memutuskan untuk meneruskan dengan siasatan tanpa memanggil mana-mana saksi termasuk DSAI dalam pembelaan beliau. Hakikatnya mengikut hati nurani, kami tidak boleh mengaitkan selanjutnya dengan prosiding yang begitu cacat dan tidak adil dan sekarang ini telah dipercepatkan lagi untuk membuat tindakan sewenang-wenangnya ke atas hak-hak asas DSAI dengan sasaran utama adalah untuk mencapai keputusan bersalah dan pengesyoran bagi hukuman yang cepat.  Majoriti Jawatankuasa bukan lagi merupakan penanya yang munasabah dan mempunyai objektif tetapi sekarang jelas bertindak secara fide untuk tujuan yang tersembunyi.

36.       Kami tidak menganggapnya sebagai satu ilusi bahawa keputusan bersalah akan diberikan oleh ahli-ahli Jawatankuasa yang selebihnya berhubung dengan usul yang dirujukkan oleh Majlis mengenai DSAI.  Walau bagaimanapun, kami tidak mempunyai pengetahuan mengenai hukuman yang majoriti Jawatankuasa telah syorkan.

37.       Prosiding ini telah dimulakan disebabkan oleh DSAI membuat kenyataan tertentu dalam Majlis berhubung dengan perhubungan di antara APCO dan Kerajaan dan Kerajaan Israel.  Apa yang kelihatan mengujakan adalah rujukan kepada APCO dalam memberi nasihat mengenai 1Malaysia yang sekarang dianggap sebagai “kesalahan melanggar” dalam perkara yang dirujukkan kepada Jawatankuasa oleh Majlis.

38.       Sebagaimana dinyatakan di atas, DSAI telah mengatakan dalam ucapan beliau dalam Majlis bahawa perhubungan di antara orang-orang penting dalam APCO, firma-firma bersekutunya dan penasihat-penasihat dan orang-orang yang terlibat dalam program 1 Malaysia dalam pejabat Perdana Menteri Najib telah bermula lebih awal sebelum kontrak ditandatangani pada Ogos 2009 di antara APCO dan Kerajaan sendiri.  Beliau telah membuat keterangan mengikut keadaan yang mencukupi dalam ucapan beliau di Parlimen dengan menyatakan, antara lainnya, bahawa laporan media yang boleh dipercayai mengatakan bahawa APCO telah membantu APCO telah membantu Najib menyusun strategi 100 hari beliau termasuk pesanan 1 Malaysia dan inisiatif-inisiatif beliau yang lain.  Ia serupa dengan yang dilaporkan bahawa APCO telahpun mempunyai pegawainya yang diletakkan di pejabat Najib sejak hari-hari awal pentadbiran (lihat Hansard 30.3.10 muka surat 34.  Pada pandangan kami dengan mengikut mana-mana standard munasabah, ini adalah lebih daripada asas yang mencukupi bagi pengataan bahawa APCO sebenarnya terlibat dalam pesanan 1 Malaysia. Ini diperkukuhkan lagi melalui fakta bahawa Kerajaan secara rasmi telah mengupah APCO dari Ogos 2009 dengan tugasan “komunikasi komprehensif” bagi “rangkaian meluas inisiatif pemulihan” (lihat Hansard 30.3.10 muka surat 33).  Ia sekarang telah diketahui umum bahawa Kerajaan telah membayar sehingga RM 76 juta bagi perkhidmatan APCO tersebut.

39.       Dari segi perhubungan APCO dengan Kerajaan Israel, DSAI dalam Majlis telah mengemukakan perkara-perkara khusus berhubung dengan perhubungan secara kontrak di antara APCO dan Israel dan juga memberikan butir-butir mengenai hubung kait rapat di antara orang-orang penting dalam APCO dan tokoh-tokoh kanan dalam penubuhan perisikan dan pertahanan Israel. Beliau juga menimbulkan kebimbangan tentang penggunaan firma seperti APCO dengan mengambil kira reputasinya yang telah memberi khidmat kepada pelanggan-pelanggan seperti bekas diktator Nigeria, Sani Abacha, Presiden sepanjang hayat Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev antara lainnya.  Menimbulkan isu-isu ini secara jelas adalah dalam peranan dan tanggungjawab beliau sebagai Pemimpin Pembangkang yang mengambil kira bahawa Malaysia, dari segi sejarah merupakan pengkritik hebat Israel khususnya atas layanan mereka terhadap penduduk-penduduk Palestin.  Tujuan beliau dalam menimbulkan isu tersebut adalah untuk memastikan agar Kerajaan mengambil langkah berhati-hati berhubung dengan perhubungannya dengan APCO apabila mengambil kira situasi APCO sebelum ini yang telahpun terbukti dan memanggil bagi pembatalan kontrak dengan APCO.  Beliau juga telah menimbulkan kebimbangan tentang pelanggaran serius atas keselamatan berhubung dengan sistem IT untuk pihak polis melibatkan ejen-ejen perisikan Israel.

40.       Pada pandangan kami, pengataan oleh DSAI ini adalah sepenuhnya dalam skop dan kuasa beliau sebagai seorang Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang akan lakukan. Sebenarnya, beliau berkewajipan untuk berbuat demikian.

41.       Perkara melanggar yang kelihatan akan dianggap sebagai perkara yang mengujakan di mana APCO memberi nasihat kepada Kerajaan mengenai 1 Malaysia secara jelas merupakan ulasan politik yang adil mengambil kira fakta-fakta mengikut keadaan yang telah beliau kemukakan sebagai sokongan sebagaimana dikemukakan di atas.

42.       Dengan menggunakan Peraturan-peraturan Mesyuarat 36(12) berhubung dengan kesalahan “mengelirukan Parlimen” terhadap DSAI secara jelas merupakan pengeliruan yang lengkap dan penyalahgunaan yang ketara ke atas kaedah tersebut.  Dengan menggunakan Peraturan-peraturan Mesyuarat 36(12) dalam konteks ini akan mengakibatkan ancaman serius kepada kebebasan bersuara ahli Majlis.

43.       Kebebasan ini tidak boleh dipandang ringan. Ianya dilindungi oleh statut dalam bentuk Akta Majlis Parlimen (Hak dan Kebebasan dan Kuasa) 1952 (Disemak 1988, Akta 347)(Lihat Lampiran 15).  Seksyen 3 dibaca seperti berikut:

Freedom of speech and debate.

There shall be freedom of speech and debate or proceedings in the House and such freedom of speech and debate or proceedings shall not be liable to be impeached or questioned in any court or tribunal out of the House.

Diterjemahkan sebagai:

Kebebasan bersuara dan berdebat.

Akan terdapat kebebasan bersuara dan berdebat atau prosiding dalam Majlis dan kebebasan bersuara dan debat atau prosiding sedemikian tidak boleh dicabar atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di luar Majlis

44.       Imuniti bagi ahli-ahli akan apa-apa yang dikatakan atau dilakukan di hadapan Majlis adalah diperuntukkan dalam Seksyen 7 seperti berikut:

7.  Immunity of members from civil or criminal proceedings for anything done or said before the House.

No member shall be liable to any civil or criminal proceedings, arrest, imprisonment, or damages by reason of any matter or thing which he may have brought by petition, bill, resolution, motion, or otherwise, or have said before the House or any committee.

Diterjemahkan seperti berikut:

7.  Imuniti ahli-ahli daripada prosiding sivil atau jenayah bagi apa-apa yang dilakukan atau dikatakan di hadapan Majlis.

Tidak ada ahli yang bersalah atas mana-mana prosiding sivil atau jenayah, penahanan, hukuman penjara, atau kerosakan atas alas an mana-mana perkara atau keadaan yang beliau mungkin mulakan melalui petisyen, rang undang-undang, resolusi, usul, atau sebaliknya, atau telah dikatakan di hadapan Majlis atau mana-mana jawatankuasa.

45.       Ia juga diperuntukkan dalam seksyen 32 undang-undang yang sama bagi mengelakkan sebarang keraguan bahawa ahli-ahli Parlimen di Malaysia mempunyai hak dan kebebasan, imuniti dan kuasa yang sama sebagaimana dimiliki oleh ahli-ahli House of Commons di United Kingdom dengan itu memelihara semua hak dan kebebasan dan imuniti common law yang diberikan kepada ahli-ahli parlimen.

46.       Ahli-ahli Majlis sepatutnya memahami sepenuhnya bahawa Kaedah 36(12) Peraturan-peraturan Mesyuarat bertindak untuk melarang ahli-ahli Parlimen daripada mengelirukan Majlis dan adalah terpakai kepada semua ahli Parlimen, melalui konvensyen, konvensyen yang ditubuhkan dalam Parlimen Komanwel yang serupa seperti di United Kingdom, Kanada dan Australia adalah yang pada kebiasaannya digunakan terhadap Menteri Kabinet Kerajaan bagi memastikan agar mereka tidak mengelirukan Parlimen.

46.1    Ia adalah untuk memastikan agar Menteri Kabinet menunjukkan tahap keikhlasan dan kejujuran yang paling tinggi apabila mengemukakan jawapan mereka kepada pertanyaan tertentu dalam Parlimen dan adalah perkara utama kepada konvensyen perlembagaan “Tanggungjawab Menteri” kepada Parlimen.

46.2    Ciri asasi mengenai penggunaan kaedah adalah bahawa Menteri/ahli yang melanggar hendaklah secara mengetahui mengelirukan Majlis dengan menyatakan fakta-fakta yang beliau ketahui sebagai palsu. Ini dengan mudah boleh ditunjukkan oleh satu contoh disebut dalam Erskine May “Amalan Dalam Parlimen” (lihat muka surat 132)(Lihat Lampiran 17) yang berlaku dalam House of Commons pada 1963 di mana Lord Profumo, yang pada masa itu adalah Setiausaha Pertahanan, secara diketahui telah membuat kenyataan palsu dalam Majlis bahawa perhubungan beliau dengan pelacur kelas atasan, Christine Keeler tidak mengandungi kata-kata yang kurang sesuai.  Soalan ditanya oleh beliau adalah relevan disebabkan oleh wanita yang sama yang telah dikenali mempunyai hubungan sulit dengan atase pelayaran daripada Kedutaan Soviet.  Selepas itu ia telah didedahkan kepada umum bahawa beliau sebenarnya mempunyai hubungan sulit dengan Cik Keeler dan kemudiannya telah meletak jawatan sebagai Menteri. Majlis kemudiannya telah mendapati beliau bersalah atas penghinaan melampau dalam mengelirukan Majlis.

47.       Peraturan tidak pernah dihasratkan untuk digunakan sebagai alat bagi menghukum mana-mana ahli Majlis bagi menyediakan tafsiran yang berbeza berhubung dengan fakta-fakta yang serupa atau menyatakan sesuatu dari sudut pandangan politik.

48.       Ahli-ahli Kerajaan mungkin terkejut dengan kenyataan bahawa syarikat perhubungan awam dengan hubung kait diketahui dengan Israel jugalah yang memberi nasihat mengenai 1Malaysia.  Itu adalah sebahagian daripada pertikaman lidah dalam debat di Parlimen dan hendaklah diiktiraf sedemikian rupa.

49.       Kenyataan DSAI bukan sahaja merupakan ulasan politik yang adil tetapi juga telah disokong oleh pengataan-pengataan mengikut fakta. Malangnya beliau kemudiannya telah dihalang daripada mengemukakan dokumen dan keterangan oleh beliau sendiri dan melalui saksi-saksi bagi mewujudkan fakta-fakta tersebut.

50.       Pendirian Kerajaan dalam memilih untuk membesar-besarkan kesan yang timbul daripada ulasan tersebut, dan selanjutnya melancarkan satu usul bagi penghinaan berbelakangkan ulasan sedemikian, boleh dilihat sebagai apa yang sebenarnya adalah – satu percubaan untuk menyekat kebebasan bersuara dalam Dewan Rakyat.

51.       Sekiranya kami memilih untuk menutup mata sekarang dan membenarkan penggunaan berterusan ke atas Peraturan-peraturan  Mesyuarat 36(12) terhadap DSAI, ia mungkin membentuk keadaan duluan yang berbahaya yang mungkin bertindak untuk mengurangkan keupayaan ahli-ahli Dewan Rakyat untuk menjalankan secara berkesan peranan perlembagaan mereka sebagai pemeriksaan terhadap Kerajaan.  Bagi sistem sekatan dan imbangan untuk berfungsi, ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah dibenarkan untuk meneliti secara bebas dan berkesan tindakan Kerajaan tanpa ketakutan didakwa.

52.       Atas semua alasan di atas, kami mendorong semua ahli Majlis untuk menolak sebarang keputusan bersalah oleh Majlis berhubung dengan pengataan terhadap DSAI yang mengelirukan Majlis.

Yang benar,

…………………………………………                                      ……………………………………….

Karpal Singh                                                                  R.Sivarasa

Ahli Parlimen bagi Bukit Gelugor                                    Ahli Parlimen bagi Subang

[1] Seksyen 29 Akta Majlis Parlimen (Hak dan Kebebasan dan Kuasa) 1952( “Akta 347”) (Lampiran No 15)

Rakaman video isu ketuanan “apco zionis”, TUAN kepada umno flip-flop yang menyebabkan 4 ahli parlimen PR digantung..

Posted in Malaysia news with tags on December 18, 2010 by ckchew

Rakaman insiden menunjukkan speaker gila babi BOHONG dalam sidang parlimen

Posted in Malaysia news with tags on December 17, 2010 by ckchew

Rakaman video Isu Altantuya di Parlimen: bn tutup kes Bala tapi dunia kata sebaliknya dalam Wikileak

Posted in Malaysia news with tags on December 17, 2010 by ckchew

In the circumstances, PKR and by extension Pakatan Rakyat must be grateful for small mercies.

There is a silver lining to the clouds that overhang the opposition coalition as a result of the US diplomatic cables exposed by WikiLeaks, a cache of which yields the ‘conclusion’ of assorted intelligence agencies that Anwar Ibrahim was involved in sodomy.

Aside from the sleuthing of the French lawyer Joseph Breham, the issue of the suspected role of Prime Minister Najib Razak in the cover-up of the Altantuya Shaariibuu murder has bobbed like cork in a sea of implication and exoneration.

Following the failure of efforts by lawyers advising private eye P Balasubramaniam to get him charged for perjury by the MACC over contradictory affidavits, it appears that only the pursuit of Breham of the actual story behind the purchase of Scorpene submarines by Malaysia, in which Altantuya was reputedly a go-between, would unearth details that could be ultimately incriminatory to Najib.

But Breham’s chase, though promising, has to contend with the windings of a serpentine French bureaucracy which will take its time to arrive at a conclusion.

Time enough for Malaysian quarries to slough off tainted skins and make a Houdini-like escape?

In the era of the WikiLeaks exposure, such getaways are no longer easy to bring off.

Muddy manipulation

Of course the one-eyed jacks, led by Dr Mahathir Mohamad and the mainstream media, are exclusively focused on what the leaked cables tell of some spy agencies’ conclusions about Sodomy II.

Such single-frame focus is also no longer wise in the Internet age.

Hence the leaked cables’ disclosure of what some diplomats thought of Najib’s predicament with regard to Altantuya’s murder has catapulted into public reckoning an issue that has waxed and waned like the tides.

Don’t put it past the scope of Mahathir’s machinations that he is actually concentrating on what the cables say about Anwar in order to invite counter-fire on what the leaks tell of Najib’s situation.

That way this adept at the art of muddy manipulation gets to gain his double objective: baulking the Anwar-led Pakatan even as he stymies Najib and opens the way for Muhyiddin Yassin.

In such a scenario, Pakatan cannot be said to be the loser.

Muhyiddin, an avatar of ‘Ketuanan Melayu’, is easier to beat than vacillating reformer Najib.

TERENCE NETTO/Mkini

Rakaman video komen kekecohan parlimen: sistem parlimen yang gagal, yang begitu hodoh & bodoh!

Posted in Malaysia news with tags on December 16, 2010 by ckchew

Rakaman video penerangan kekecohan di parlimen akibat daripada kes gila babi tersangat speaker parlimen

Posted in Malaysia news with tags on December 16, 2010 by ckchew

Rakaman video menunjukkan speaker dewan rakyat gila babi: 3 MP digantung… sebab speaker beremosi berat sebelah

Posted in Malaysia news with tags on December 16, 2010 by ckchew

Rakaman video Anwar Ibrahim di Wangsa Maju 14/12/2010

Posted in Malaysia news with tags on December 15, 2010 by ckchew

Rakaman PC Mahfuz Omar: Mana dokumen rasmi ketuanan Melayu?

Posted in Malaysia news with tags on December 14, 2010 by ckchew

Rakaman berita Wikileak, pemimpin umno yang korup melutut di depan pimpinan S’pora & umi hafida jadi tajuk utama utusan menunjukkan umno tiada modal politik lagi

Posted in Malaysia news with tags on December 13, 2010 by ckchew

Wikileak: jibby Altantuya dilihat sebagai lemah, opportunis & hadapi kes pembunuhan Altantuya.

Posted in Malaysia news with tags on December 12, 2010 by ckchew

Rakaman video Temuramah Tok Guru Nik Aziz: Bincang Isu Pilihanraya & Kelantan

Posted in Malaysia news with tags on December 11, 2010 by ckchew

Rakaman video pimpinan PR bidas umno kerana memberi projek RM 2bil kepada ahlinya tanpa tender

Posted in Malaysia news with tags on December 11, 2010 by ckchew

Rakaman video Demo Anak Muda Berani & Masa Depan Negara: Mahasiswa demo bantah kenaikkan harga barang keperluan kerana yang menjadi mangsa adalah Rakyat..

Posted in Malaysia news with tags on December 11, 2010 by ckchew

Rakaman video Anwar dedah ahli umno dapat projek RM2 bilion: 1-2 kroni umno diberi kontrak sebanyak RM2 bil, ketuanan Melayu untuk 1-2 kroni umno…

Posted in Malaysia news with tags on December 10, 2010 by ckchew

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan tindakan kerajaan Umno-BN memberikan projek-projek lumayan Kementerian Pertahanan berjumlah lebih RM2 bilion kepada seorang dua individu, lapor TV Selangor.

Beliau berkata tindakan itu membuktikan Umno hanya menggunakan slogan Ketuanan Melayu untuk memperkayakan kroni.

Anwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu yang dipercayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.

“Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya.

“Jadi ada seolah satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka.

“Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama,” kata Anwar yang juga adalah ahli parlimen Permatang Pauh.

Beliau kemudian menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa tender-tender kementerian pertahanan diberikan kepada kroni Umno berkenaan dengan sewenang-wenangnya.

“Ada syarikat, Gahmata Sajian Sdn Bhd penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia bagi kawasan Sabah, Sarawak dan Labuan nilai RM 800 juta dipunyai oleh seorang bernama Syed Abu Hussin tanpa tender runding terus dari Mindef.

“Kemudian diberi satu lagi syarikat. Nama lain. Namanya Komatra Sajian Sdn Bhd, penswastaan perkhidmatan katering Angkatan Tentera bagi zon Utara dan Timur Semenanjung. Nilai RM 600 juta.

“GPB COrporation Sdn Bhd kontrak 1 Jan 2009 nilai RM 300 juta ringgit. Tuan punya, dan alamat daftar pun sama No 10 level 2 Damai Kompleks. Tuan punya, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, tiada Melayu lain,” katanya.

Anwar kesal kerana pemberian kontrak-kontrak lumayan kepada kroni Umno dari Perak bukan sahaja membelakangkan kepentingan kementerian pertahanan sendiri tetapi meminggirkan keutamaan untuk membantu bumiputera umumnya.

“Apa hubungan Melayu ini dapat sampai RM2 bilion.

“Apakah ini bukan satu kompromi terhadap mutu dan kepentingan kementerian pertahanan? Apakah ia satu usaha mengetepikan kepentingan ramai pasukan tentera? Apakah ini tanda, kita betul-betul patriotik kepada negara dengan memunggah kekayaan, memperkaya satu, dua orang melalui perbelanjaan ketenteraan,” katanya.

Rakaman video hubungan antara zionis apco dengan kerajaan 1umno-bn dibawah rosmah-jibby Altantuya

Posted in Malaysia news with tags , on December 10, 2010 by ckchew

Rakaman video speaker dewan rakyat kena penyakit gila babi: 2 lagi ahli parlimen digantung daripada persidangan parlimen tanpa sebarang sebab munasabah

Posted in Malaysia news with tags on December 9, 2010 by ckchew

Rakaman video MP Australia bidas prosedur kangaroo parlimen tangani isu apco-umno

Posted in Malaysia news with tags on December 9, 2010 by ckchew

Rakaman video 8/12/2010 Dewan kecoh: Speaker enggan jelaskan keputusan gantung Anwar tanpa memanggil Anwar bela diri

Posted in Malaysia news with tags on December 8, 2010 by ckchew

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.