Nota: Kaw tanda merah – Kaw majoriti Cina.
Undi Cina bagi PR/SAPP (pembangkang) meningkat sebanyak 1% & undi Cina utk bn pula turun sebanyak 7.19%
Undi BumiSabah bagi PR/SAPP turun sebanyak 5.4%, manakala undi BumiSabah bg bn meningkat sebanyak 9.1%.
Nampaknya bn sekali lagi gagal mempengaruhi pengundi Cina untuk memberi undi kepadanya. Mereka menang besar di kawasan majoriti Bumiputra Sabah, diantara sebabnya, penduduk-penduduk ini seperti juga di Felda, kaw orang asli dsbnya diperdaya sebegitu rupa supaya mereka hanya mengundi bn sahaja. Penduduk-penduduk ini kebanyakan terdiri daripada mereka yang diberi kerakyatan oleh kerajaan bn di bawah projek m sering diugut dengsn ugutan akan menarik balik mykad mereka jika mereka menyokong PR. Dan bagi mereka yang betul-betul berani menyokong pihak pembangkang, mereka diboycott. Ini menyebabkan kebanyakan mereka tidak berani menyokong pihak pembangkang.
Selain daripada itu, wangkos & juga sumbangan dalam bentuk zink rumah diberi kepada penduduk-penduduk miskin ini untuk menarik undi mereka. Jika kita ingin tahu betapa miskinnya mereka ini, kita dapat lihat kawasan sekitar Batu Sapi siap bersih daripada banner, bendera, billboard jam 5 petang lagi pada hari mengundi. Tepat 5 petang semua benda-benda ini telah dibawa dengan tangan ke rumah masing-masing. Kayu daripada billboard digunakan untuk memperbaiki rumah usang mereka, bendera dijadikan sarung bantal & baju manakala banner digunakan untuk menutup bumbung yang bocor.
Majlis tempatan & calon tidak perlu mengupah kontraktor untuk membersihkan kawasan PRK Batu Sapi. Cuba fikirkan betapa miskinnya orang-orang Sabah, akan tetapi orang-orang ini juga la yang menyokong kuat bn. Sampai bila kah mereka ini dapat keluar daripada kepompong kemiskinan ini? Mereka sahaja yang tahu….