Berapakah Kg Buah Pala di Selangor?
Kampung Buah Pala yang mempunyai sejarah 200 tahun tidak dapat diselamatkan daripada nasib dirobohkan. Sebelum perbalahan ini ditenteramkan, pembangunan dan pengusiran di Tanjong Tokong, Pulau Pinang sekali lagi menjadi tumpuan seluruh negara.
Sebenarnya, perkara mengenai setinggan dan perjuangan peneroka Bandar terjadi di seluruh Negara. Kawasan perumahan setinggan di Chan Sow Lian, Kuala Lumpur akan dirobohkan; perbalahan pembangunan di Kampong Baru Plentong tidak dapat diselesaikan selama 20 tahun; Kampung Meru Tin di Perak menghadapi masalah harga tanah terlalu tinggi selepas tanah tersebut diambil balik oleh kerajaan negeri; Kampung Berembang, Jalan Papan dan Jalan Bukit Kerayong di Selangor menghadapi ancaman pengusiran paksa di bawah dasar setinggan sifar yang ditetapkan oleh bekas kerajaan negeri Selangor.
Apa yang telah berlaku di Kampung Buah Pala, ada kemungkinan berlaku lagi di negeri Selangor, ia akan mengakibatkan pertembungan dan merugikan semua pihak. Bagaimanakah menangani masalah ini memang bergantung kepada kebijaksanaan pihak berkuasa, penduduk dan masyarakat madani. Ia bukan sahaja menilai adakah kerajaan baru akan melaksanakan konsep demokrasi dan hak asasi manusia, tetapi juga mencabar kerajaan negeri mengubal dasar-dasar perumahan seragam yang “berorientasikan rakyat” dan bukan berorientasikan kumpulan-kumpulan kepentingan (interest group).
Jawatankuasa Hak Sivil berpendapat, semua pihak berkepentingan dalam isu setinggan di Selangor harus memulakan dialog dan perbincangan awam sebelum pengusiran paksa menjadi satu hakikat. Perbincangan ini membenarkan semua rakyat yang prihatin memberi cadangan dan mencari jalan penyelesaian, melaksanakan kebudayaan rundingan demokrasi dan sebagai satu proses bagi menggubalkan dasar-dasar awam yang memanfaatkan rakyat.
Dengan ini, kami akan menganjurkan satu forum awam bertajuk “Berapakah Kampung Buah Pala di Selangor? – Dari Perbalahan Buah Pala Meninjau Dilema Setinggan di Selangor”. Penceramah-penceramah ialah Iskandar Abdul Samad, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan; Tan Jo Hann, Pengerusi Permas merangkap Ahli Majlis MPSJ, Ang Mah Chye, wakil jawatankuasa penduduk Jalan Papan, Pandamaran Klang serta Noralizan bin Ali, wakil Kampung Berembang, Ampang. Moderator ialah Ong Jing Cheng dari Persatuan EMPOWER. Butir-butir forum adalah seperti berikut :
Tarikh: 30 Sept 2009(Rabu)
Masa:7:30 pm
Tempat: Auditorium, KL & Selangor Chinese Assembly Hall (Dekat stesen Monorail Maharajalela)
Penceramah:
1. Iskandar Abdul Samad(Exco Kerajaan Negeri Selangor, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan)
2. Tan Jo Hann(Pengerusi Permas merangkap Ahli Majlis MPSJ)
3. Ang Mah Chye(Wakil jawatankuasa penduduk Jalan Papan, Pandamaran Klang)
4. Noralizan bin Ali(Wakil Kampung Berembang, Ampang)
Moderator :Encik Ong Jing Cheng(Persatuan EMPOWER)
Bahasa:Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris
Forum awam ini adalah percuma, kedatangan orang awam dialu-alukan. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Chia(03-2272 3519). Sekian, terima kasih!
Pengerusi Jawatankuasa Hak Sivil KLSCAH
Liau Kok Fah