Hujah “arus perdana”disanggah – pemuda mca cacat akal
Lim Hong Siang
Walaupun kebanyakan pengamal media cetak bahasa Cina menulis analisa di “atas pagar“, ketika mengulas perhimpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos, namun wacana di media internet memberi gambaran yang amat jelas–mengkritik kekerasan yang keterlaluan dari pihak polis.
Malah, hujah yang mendapat ruang dalam media “arus perdana”, misalnya dari menteri kabinet, mahupun penulis Utusan Malaysia, disanggah dengan analisa yang berlandaskan fakta, sama ada statistik mahupun peristiwa sejarah.
Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia dengan tulisan beliau di merdekareview, menjawab soalan “Mengapa berdemonstrasi”, yang diakhiri dengan kesimpulan, “persoalannya bukan mengapa berdemonstrasi, tetapi mengapa tidak boleh berdemonstrasi secara aman?” 【Mengapa berdemonstrasi】
Click here for more on the article