Syuruukasi! Syuruukasi! Syuruukasi! raungan dari dalang-dalang dark force, khalid jaffar & soh chee wen menenggelamkan Suara Keadilan
Semalam, parti keADIlan Rakyat cuba membuat perubahan terhadap imej parti dengan melakukan beberapa reformasi dalam perlembagaan parti, akan tetapi laungan semangat dalam kongres kali ini tidak lagi sejelas dahulu.
Jikalau dahulu, aktivis serta ahli-ahli parti melaungkan Reformasi! Reformasi!, Reformasi!, akan tetapi raungan kali ini sangat menyerupai Syuruu-kasi!, Syuruu-kasi!, Syuruu-kasi!…. terkejut sakan teman bersama rakan-rakan reformis yang hadir dalam mesyuarat tertutup & kongres khas malam tadi.
Dari Kedah, Pulau Pinang sampailah ke Selangor, yang dicari bukan lagi Reformasi ataupun Islah, tetapi Syuruu itu yang diimpikan oleh kebanyakan ahli-ahli parti yang mengadu tidak diberi sebarang kontrak oleh kerajaan negeri.
Di Kedah, mereka mengadu hanya dapat 10% sahaja, di Penang, ngak ada langsung kerana ahli exco terdiri daripada Lim bersaudara – Lim Ma Lik & Lim Choo Kiang yang bodoh macam Keldai, & di Selangor, MB ngak kasi.
Tapi itu hanya setakat peringkat bawahan sahaja, di peringkat lebih tinggi, lagi kuat raungan SYURUU-KASI! apabila Suara Keadilan akhbar terbitan parti yang dahulunya tidak diminati oleh sesiapapun, kini menjadi rebutan bagaikan harta rampasan perang. Team Editorial akhbar tersebut dihumban keluar & mereka yang tidak mahu mengalah diugut dengan photo bogel serta mereka yang terdiri dari kalangan reformis dipanggil anjing jalanan.
Mereka ini sejak dari dulu lagi berjuang untuk membuka satu ruang untuk memberi informasi tentang parti & suara Reformasi kepada rakyat marhaen & mereka ini juga telah melalui segala ranjau, seperti ugutan sewaktu lesen penerbitan masih belum dikeluarkan oleh pihak KDN serta tindakan kasar merampas akhbar ini oleh pihak berkuasa. Apakah dosa mereka sampai diaibkan dengan sebegitu rupa?
Di dalam kantung Suara Keadilan (SK) hanya ada lebih kurang RM100,000, akan tetapi ada setan yang bertopengkan muka manusia telah meleleh air liurnya melihat wang yang tidak seberapa banyak manapun. Penerbitan SK dan wang dalam akaun dirampas sebegitu sahaja setelah setan-setan ini mempengaruhi pimpinan tertinggi parti.
SK akan datang
SK yang akan datang akan dimuatkan dengan berita hiburan & sukan. Adakah ini yang dimahukan oleh ahli-ahli parti?
Dulu, sewaktu Khalid Jaffar menjadi editor, banyak dari kalangan ahli-ahli mengadu bahawa berita tentang aktiviti-aktiviti parti diabaikan oleh pihak editorial & akhirnya Khalid terpaksa melepaskan jawatannya.
Kini orang yang sama akan menerajui SK, apakah pisang akan berbuah dua kali? Ia mungkin terjadi lagi kerana parti ini tidak belajar dari sejarah.
Manusia boleh merancang tetapi akhirnya Tuhan juga yang akan tentukan. Janganlah kita terlalu ghairah dengan wang ringgit ataupun kemewahan yang wujud dalam hidup kita sehinggakan kita lupa akan Islah atau Reformasi yang selama ini kita tuntut.
Jika kerakusan dalam parti berterusan tanpa sebarang tindakan diambil oleh pimpinan tertinggi untuk menghentikannya, maka masa untuk suara ketiga sudah pun sampai ……
June 14, 2009 at 3:19 pm
hohoho!
anjing jalanan sudah bersuara bro!
June 14, 2009 at 3:50 pm
anjing aje la…. lawan tetap lawan