1Malaysia: Sekadar Kosmetik dan Lunak Retorik!

Konsep Satu Malaysia, ciptaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini meniti dibibir setiap pemimpin Barisan Nasional adalah hanya sekadar slogan yang bersifat kosmetik semata-mata dan tidak lebih daripada itu.

Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis dalam blognya, anwaribrahimblog.com berkata, walaupun BN cuba menutup segala kelemahannya dengan satu lagi slogan kosong namun budaya rasuah, kronisma, amalan boros dan pembaziran serta perkauman masih hidup subur dalam budayanya.

“Namun jika ditinjau mendalam, apa yang diamalkan adalah sekadar kosmetik, atau botox yang menggantikan bedak sejuk dan celak.

“Kelonggaran dan liberalisasi adalah untuk menawan hati pengusaha kaya Cina asalkan tidak menjejaskan kepentingan projek, kontrak dan habuan kroni mereka.

“Dan isu lebih mendesak dari sudut prosedur tender, ketelusan, mengelak amalan boros, rasuah dan pembaziran tidak ditangani.

“Demikian slogan ampuh. Bagaimana pula dengan pengamalan “Satu Malaysia”? Lihat saja mesej perkauman dan assabiyah sempit dalam kursus BTN!,” jelas Ketua Pembangkang itu lagi.

Menurut Datuk Seri Anwar keadaan ini berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh Pakatan Rakyat melalui gagasan Agenda Malaysia Baru yang menjurus kepada kepentingan rakyat terbanyak, termasuk kaum majoriti Melayu-Bumiputera terpinggir dan miskin atau Cina, India dan lain-lain kaum.

Tambah beliau lagi BN terpaksa mencerna satu lagi slogan bagi mengelirukan rakyat walhal hakikat yang dilaku adalah sebaliknya.

“Laungan di atas cukup melunakkan setelah (Menteri Besar) Pakatan Rakyat (Perak) difitnah sebagai alat Cina!

“Setelah didapati dukungan Cina dan India terhadap Umno-BN merosot parah, maka dikumandangkan semula slogan Satu Malaysia.

“Alahai mirip “Malaysian Malaysia” yang dituntut DAP sekian lama tetapi diserang Umno sebagai perkauman Cina.

Akhirnya pimpinan Umno sekonyong-konyong melutut kapada tuntutan perkauman,” tegas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Datuk Seri Anwar juga memberi contoh propaganda BN yang kononnya mahu berbicara mengenai perpaduan melalui Satu Malaysia tetapi realiti menunjukkkan dalam kursus anjuran Biro Tata Negara, golongan pelajar diracuni fikiran mereka dengan fahaman yang bertujuan melaga-laga  orang Melayu dengan kaum Cina.

Malah yang lebih dahsyat BN menyebarkan dakyat bahawa pemimpin Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar dan Datuk Nik Aziz Nik Mat mengkhianati bangsa Melayu.

“Lagi pun tujuan mereka adalah untuk menyalahkan kalangan lain dan bukannya penjenayah dan perasuah besar yang menyebabkan Melayu hidup merempat setelah diperintah Umno selama setengah abad.

“Disebalik tabir, dalam gelap dan berselindung mereka menyerang tetapi bacul manakala berdepan!,” ujar beliau. TVantara

Advertisement

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.